Tuesday, November 7, 2017

MACAM MANA NAK KURUS ??? (cara saya)

assalamualaikum.. salam sejahtera kawan-kawan🤗

zaman sekarang ni,🤔ramai orang yang berlumba-lumba nak mulakan gaya hidup yang sihat 🏋️‍♂️untuk mencapai target masing.. mungkin ada yang nak kurus, nak fit, nak nampak cantik, nak itu ini dan macam-macam lagi.. hurmmm tapi nak capai taregt tu semua mesti kene ada plan.. betul tak? AA pon sekarang ni dalam proses nak mencapai salah satu target yang AA sebut tadi.. so, sejak 2/3 minggu lepas AA da mulakan gaya hidup sihat ni.😎.salah satu yang AA lakukan ialah:

1. SET TARGET🎯
AA mulakan dengan tentukan target yang AA nak capai. contoh, berat sekrang ni 69.7kg.. kita set target nak turun 0.5kg setiap sehari.. jadi kita buat jadual dari isnin sampai ke ahad pastu kita timbang berat badan setiap malam hari🌚 sebelum tidur untuk pastikan berapa berat yang turun atau naik. kenapa sebelum tidur kene timbang berat badan? sebab masa nak tidur.. kita da tak ada makan apa2 lagi da.. kita tinggal nak tidur je jadi sebelum tidor kita kene timbang berat badan dan catat kat jadual yang kita buat.. tapi AA tak buat jadual. sebab AA ada samsung health. app dalam handphone. jadi setiap kali lepas timbang berat AA akan terus record dalam apps tu.. sooo senang. 🌞dengan cara buat jadual ni kita akan lebih nampak dengan jelas matlamat kita dan kita berada di tahap yang mana..


2. CABARAN 1 HARI 1 NASI🍚
tips kedua ni sebenarnya lebih kepada kurangkan makan nasi. tapi AA jadikan ia tak terlalu terbeban pada diri AA jadi AA buat cabaran ni.. 1 hari 1 nasi. ni salah satu cara nak kurus dan juga nak jimat duit💰 huhuhu sebab nasi mengandungi karbohidrat yang tinggi. kalau nak terus keluarkan nasi dari diet kita mungkin agak susah jadi kita kurangkan pengambilan nasi. sejak AA buat cabaran ni... AA rasa badan AA lebih ringan walaupon selalu craving macam2 tapi AA bezakan🤷‍♂️ antara keinginan dan lapar. biasanya bila lapar je AA akan minum air masak sebab nak kurangkan rasa lapar tu.. hahaha AA taktahu la cara ni berkesan atau tak tapi inilah yang AA lakukan. mungkin korang pon boleh cuba juga

3. SENAMAN RINGAN⛹️‍♀️
AA ada juga buat workout sikit2 tapi bukan yang terlalu extreme sampai lompat2 bagai tu sebab AA ada semput, jadi AA buat mana yang AA mampu je. selalunya kalau tak workout AA akan jalan2 bersiar2🚶‍♂️ kat mana2 je laa.. kalau korang rasa bosan.. korang boleh la pergi shopping🛍 kat mana2 xshopping pon windows shopping pon oke laa asalkan dapat gerak kan otot2 kat kaki jgn duduk je..atau mungkin korang boleh buat sukan yang korag suka... contohnya main badminton ke main futsal ke ataupon korang boleh cuba menari zumba... workout dan zumba tu korang boleh cari je kat youtube mana2 yang korang suka yang senang untuk korang ikut.. korang boleh cuba..😘

4. AIR MASAK🥛
sejak2 nak amalkan gaya hidup sihat ni.. AA memang da jarang minum air manis. kalau minum air manis pon AA akan minum air jus yang manis dari buah bukan dari gula.😊 korang pon tahu pengambilan gula yang melampau boleh menyebabkan banyak penyakit. jadi AA beli satu botol air yang bercapasiti 250ml jadi setiap hari AA akan abiskan satu botol tu dan tambah lagi air dan minum separuh dari botol tu.. so setiap hari AA akan minum 375ml air. 😁hurmm memang kembung la mula2 tu tapi lama2 da biasa AA lebih suka air masak daripada air manis..walaupon asyik nak beli air manis je tapi dalam hati cakap sabar sabar jee sebab AA da ada target..

AA ni bukan la ahli pemakan sihat pon.😋 cuma AA suka share dengan sesiapa saja.. AA harap tips ni bermanfaat untuk korang k.. kalau nak sihat, nak kurus kene ada target dan plan.. jangan nak diet membabi buta je ye..😊

okeylah.. bye bye😘😗










1 comment:

  1. Sloty Casino - MapyRO
    Find the best sloty 제주 출장샵 casino in Las Vegas, NV. 충청북도 출장마사지 The casino offers a variety of casino games and casino games, 수원 출장마사지 including 오산 출장마사지 progressive jackpot slots and 춘천 출장마사지

    ReplyDelete

MOVIE REVIEW : School For Good and Evil 2022

Kisah yang menceritakan dua perbezaan watak atau karakter dalam setiap cerita. Pihak yang baik dan pihak yang jahat.  Sophie dikenali sebaga...