Thursday, November 2, 2017

HUNGER GAME @ UUM

hai dan assalamualaikum sayang2 semua....😘

Pada tanggal 31 oktober 2017, 📅AA telah menyertai satu pertandingan memanah🎯 yang dianjurkan oleh pelajar UUM dari kelab memanah.. hihihi.. mungkin ramai kawan2 AA yang tak tahu bahawa AA ni ada bakat dalam sukan memanah😏..even my family pon tak tahu yang AA ada skill dalam sukan memanah. ada je sesetengah kawan AA yang tahu AA pernah main memanah tapi diorang tak layan sangat cerita AA ni..sebab tu AA malas nak cerita kat kawan2 yang lain...yela mungkin diorg lebih suka sukan yang lain...💁‍♀️

AA masuk pertandingan ni pon banyak sebabnya... pertama-tama sekali☝️ sebab A memang suka sukan ni. sejak sekolah lagi AA da join sukan ni tapi setahun je la sebab masa form 6 baru sukan ni wujud kat sekolah AA, jadi sempat la merasa pengalaman pegang busur, pegang arrow and shot.. best giler bila dapat shot...kadang2 walaupon tak kene tepat kat tengah tapi still rasa happy sebab tak sasar jauh sangat.. huhuhu... kedua,✌ sebab AA nak mulakan hidup yang sihat.tak nak duduk terperok dalam bilik je hari2 menghadap assignment.. lama-lama boleh gila kang..huhuhu... ketiga 👌sebab AA nak merasa juga dapat hadiah dari pertandingan dalam UUM, dah sem 5 da sekarang, tak kan xde reward untuk diri sendiri kannn... 

sebelom hari pertandingan tu, AA ada bagitahu kat family AA bahawa AA masuk pertandingan ni. antara respon yang AA dapat semuanya yang baik. tapi ada juga la yang macam tak yakin "betul ke kau masuk, na?"🤔..seolah2 macam AA tak boleh menang pulak...hahaha.. diorang tak tahu yang AA pernah main sukan ni sebab tu diorang tak yakin.. AA pon ada bagitahu kat kawan2 AA yang lain and they give me a great support 👍👍lagi2 my friend la kan cuma dia tak dapat datang support AA masa hari kejadian sebab dia nak kene pergi indon..hurm sedih kawan yang lagi sorang pula dia dapat teman masa hari training je..xpe la asalkan diorang support AA. and AA really appreciate semua yang support AA masa tu.. thank you very much 🙇‍♀️

so, masa hari pertandingan tu.. pagi2 lagi AA da jalan kaki pergi padang memanah sebab pertandingan tu start pukul 830 macam tu... tapi biasa laa semua tu tak kan terjadi walau ada tentatif yang tepat hahaha AA jalan kai sorang2 taw dengan perasaan gugupnya, AA jalan kaki sambil baca selawat sebab memang tengah nervous sangat2 masa tu... rasa macam nak tarik diri pon ada. tapi rasa gugup dan nervous tu hilang bila AA sampai kat padang tu sebab AA da jumpa kawan yang datang pertandingan tu pon sorang2 jadi kami ngam...nama dia jiyah👱‍♀️ lepas bebrapa minit datang lagi sorg pompuan sama juga keadaan nya macam AA dan jiyah.. nama dia ira👩‍💼 so kitorg jadi kawan dan mula bertukar2 maklumat diri...tanya pasal kos, dpp, umur , asal dari mana..dan banyak lagi..yan bestnya bila berkawan dengan diorang ni..diorang saling memberi sokongan dekat sesiapa yang main..AA pon jadi macam diorang juga..hahaha🤣🤣 kitorang saling sokong menyokong.. jadi takde rasa macam lonely main kat situ..ada juga orang nak support kita hahaha... bila ada orang sokong kita memang hilang rasa gugup

pertandingan tu ada 2 kategori✌. mula2 kategori qualification, markah dikira untuk semua orang. semua orang akan dapat hadiah dari nombor yang terakhir sampai lah nombor keempat tapi dari nombor 1 sampai nom 3 akan dapat medal🥇🥈🥉...serius arr AA teruja giler ira dapat medal AA dengan jiyah dapat hadiah saguhati je..AA dapat nombor 4 lagi sikiiiiit je... hahaha. xpe laa da rezekiya kat situ.. AA pon da nasihatkan diri sendiri kalau tak menang, jangan sedih. kalau menang, jangan riak... 🤗so AA memang tak kesah nombor berapa pon yang AA dapat. 

pastu, ada kategori olimpik, main kalah mati... kategori ni bila main memang akan cuak serius arr AA lawan jiyah kot masa tu... dan rezeki AA masa tu AA menang.. jadi AA boleh terus ke final. masa kat final tu nak tentukan samada AA nombor 3 atau 4 AA lawan dengan perempuan...and the thing yang AA tak sangka AA menang..so AA dapat nombor 3. Actually AA memang tak tahu pon AA dapat nombor berapa sebab masa kira markah tu AA tak nampak markah pihak lawan jadi AA tak tahu markah pon masa tu... masa diorang sampaikan hadiah barulah AA tahu "ouhhhh dapat nombor 3" hahahaha😂

AA memang teruja la untuk pertandingan ni. walaupon dapat nombor tiga...kakak cakap "janji ada nombor"😊 hahaha okey iolls redho..salah satu sebab AA suka main sukan ni sebab ni sukan yang Nabi sunahkan..jadi main sukan ni bukan saja2 je, ada faedahnya... lepas ni AA nak aktifkan diri lagi untuk selalu pergi ke pusat sukan...x mau jadi pelajar yang suka menggemukkan diri dalam bilik je kannn ye dokk😋

hihihihi okeylaa baiii🙋‍♀️

No comments:

Post a Comment

MOVIE REVIEW : School For Good and Evil 2022

Kisah yang menceritakan dua perbezaan watak atau karakter dalam setiap cerita. Pihak yang baik dan pihak yang jahat.  Sophie dikenali sebaga...