Saturday, June 2, 2018

Fakta ke Auta

Hai assalamualaikum kawan-kawan. Harini AA ada dengar tentang teori2 yang nenek dan ibu2 kita guna untuk mengelakkan sesuatu yang merbahaya atau tidak elok pada diri kita. Kadang-kadang ada teori yang tidak masuk akal pon, sekadar nak kita jauhi perkara yg buruk saje, salah satunya:

1. Jangan potong kuku malam2, nanti pendek umur.
Sebenarnya mereka tak benarkan kita potong kuku malam2 sebab org dulu2 gunakan pelita sebagai lampu. Dan pelita tidaklah seterang lampu elektrik. Dan org dulu2 guna pisau cukur utk potong kuku, maka bahaya la kalau potong kuku malam2 nanti tak nampak.. dah terpotong jari ke apa..

2. Jangan pakai pensil yang dah pendek, nanti cepat mati.
Sebenarnya hanya sebab susah nak tulis. Beli je pensil baru. Hahaha

3. Anak dara jangan nyanyi kat dapur, nanti kahwin dengan orang tua.
Jodoh tu kan ketentuan Tuhan. Jadi dengan siapa pon yg bakal jadi pasangan tu, terima je la. Tapi kalau suara tu tak sedap, kat mana2 pon org tak bagi nak nyanyi.

Setakat ni, ini teori yang AA ingat sampai sekaranglah. Ada banyak lagi teori2 yang lain, lain kali AA akan cuba korek sebab kenapa teori tu wujud. Oke guys.... bye.. 😗😗

No comments:

Post a Comment

MOVIE REVIEW : School For Good and Evil 2022

Kisah yang menceritakan dua perbezaan watak atau karakter dalam setiap cerita. Pihak yang baik dan pihak yang jahat.  Sophie dikenali sebaga...