Aku mula menyusun dulang-dulang yang berisi pelbagai jenis kuih di atas meja. Satu per satu dengan berhati-hati, risau kalau ada yang terjatuh rugilah aku nanti. Peniaga disebelah gerai aku pula baru mula nak pasang khemah. Aku perhatikan sambil tangan aku laju menyusun dulang.
"Dik, kuih lapis ni 3 ringgit" Seorang wanita yang agak berisi bertandang ke gerai aku.
"Okey kejap ye kak. Nih 3 ringgit" Hulurku beserta senyuman
"Terima kasih dik"
"Sama2"
Aku senang melihat pelanggan aku tersenyum. Kadang2 ada pelanggan yang datang ke gerai aku dengan muka masam, mungkin ada masalah yang dihadapi. Tapi bila aku mulakan dengan senyum, dia juga turut tersenyum. Haaa indahnya perasan itu.
Aku menoleh ke arah gerai sebelah. Peniaga yang sering dengan buku. Tak pernah lepas dari tangan. Asal ada masa terluang saja, dia akan membaca kembali. Dia tak seperti peniaga lain, yang menjerit2 menarik perhatian pelanggan datang ke gerai mereka. Tapi...bagaimana dia boleh membaca dalam keadaan hiruk pikuk pasar lambak ni? Itu yang kadang2 membuatkan aku tertarik untuk tahu.
"Ada apahal?"
"Hah?"
"Kenapa tengok aku macam tu?"
Alamak aku tenung dia ke tadi?? Ya Allah malunyaa.. "eh.. tak lah saya teringin nak rasa jagung manis awak tu.. hihihi" aku tersengih macam kerang busuk. Dia kembali menundukkan wajah dan membaca tanpa sepatah kata..
Fuhhh nasib baik dia tak marah..
No comments:
Post a Comment