Monday, December 25, 2017

FINAL EXAM NAK DEKAT!!!!!


Hai assalamualaikum korang😙.. macam tajuk yang kat atas ni, mesti korang da dapat agak sekarang ni AA dalam zon merah(bahaya)🚨 kannn sebab exam nak dekat.

tapi...AA nak sharekan sesuatu dengan korang yang mungkin tengah dalam zon merah juga sekarang ni🤔... AA nak share cara AA belajar. yes i'm not a clever girl 🙇‍♀️macam girl out there yang pandai, result SPM letop2, setiap sem dapat dekan... AA biasa2 jer. tapi bukan bererti AA tak ada usaha nak dapat result yang gempak. cuma bukan rezeki AA. so, apa2 pon AA nak share juga cara AA belajar. JOM!💃

first of all, BELAJAR 3S
apa tu belajar 3s???? 🤷‍♂️mungkin korang tak pernah dengar..sebab ni AA yang reka sendiri tapi isinya sama je macam tips2 dari pelajar cemerlang yang lain. 3s tu ialah sebelum, semasa dan selepas. maksudnya, sebelum kelas,semasa dalam kelas dan selepas kelas kita kene sentiasa belajar. Tak belajar sekalipon tapi membaca.📖 sebab apa yang kita baca selalu kita akan mudah ingat. but AA tak buat sepenuhnya tips ni. AA cuma fokus💆‍♀️ dalam kelas je. AA jarang mengantuk masa belajar dalam kelas atau pon berbual ngn kawan2 sebab AA nak fokus. lagipon tips ni diperlukan sebelum masuk zon merah lagi. sekarang ni tips ni da tak guna lagi...hehehe

kedua, untuk subjek MENGIRA,⚖ korang hanya perlu buat latihan sebanyak yang boleh. buatlah past year question atau kalau korang ada duit lebih sikit...belilah la buku latihan ataupon soalan dari internet. buat, selesaikan semua soalan. kalau tak tahu tanyalah kawan2 yang tahu. sebab soalan kira mengira ni perlukan kefahaman🙄.. betul tak??? bila da masuk zon merah ni, usaha tu penting.

ketiga, untuk subjek TEORI,🌏 korang kene banyakkan membaca dan faham apa yang korang baca tu. jangan la baca membabi buta, orang kata. baca tapi tak hadam apa yang korang baca. so sia2 je. hahaha. so macam mana nak bagi korang faham dan hadam apa yang korang baca tu... lepas korang baca, cuba korang terangkan balik kat kawan2 korang atau pon terangkan bagi diri sendiri dengar. lebih bagus suruh kawan yang dengar,supaya dia boleh betulkan kalau korang ada tersilap faham. AA biasanya akan cakap dengan diri sendiri tapi bila rasa macam apa yang AA cakap tu salah...AA akan tanya kat orang lain..sebab AA tak nak ganggu orang lain belajar juga..😎

keempat, kalau korang ada yang jenis cepat hilang fokus masa study, cuba ikut cara AA ni. biasanya AA akan SET TIMER 🕰dalam 30 minit atau 1 jam. masa ni hanyalah untuk study. so, tak boleh pegang enset atau buat benda lain. AA akan tutup lappy dan biarkan timer yang AA set tu, AA nampak. jadi AA akan rasa macam..."ouh awal lagi ni" 😊jadi AA akan sambung study. bila masa nak tamat AA akan jadi lebih semangat study.. hahaha AA da cuba cara ni dan berkesan. dapat jugala AA fokus untuk 30min. kalau tak, tak sampai seminit je AA dan capai enset dok scroll fb lah ig la wasap la apa laaa... hurmm sampai kesudah tak study.. sebab tu AA cuba guna cara ni.😋

kelima, atau mungkin yang last, DOA & TAWAKAL. 😁korang pon tahu kan.. sebagai umat islam, segala apa yang kita lakukan kita mesti berserah kepada Allah. supaya bila kita dapat result nanti kita tak riak, kita tak sedih. AA selalu doa semoga dipermudahkan jawab soalan dan biarlah keputusan AA tu setimpal dengan usaha AA. jadi biala dapat result teruk pon, AA akan salahkan diri sendirilah sebab tak usaha🤣.. hehehe

jadi kepada kawan2 AA yang akan menduduki peperiksaaan, AA ucapkan good luck untuk korang. ingatlah kita masih belum terlambat untuk study...hehehe..jangan samakan result korang dengan result orang lain. apa yang korang dapat adalah atas usaha korang sendiri. 🤦‍♀️sekiranya ada orang yang caci korang sebab dapat result yang teruk, ingatkan balik pada diri sendiri, itu adalah usaha korang dan itu yang termampu. so lepas ni terus study k. Hidup kene chill.😎



Tuesday, December 19, 2017

MIMPI YANG INDAH

Aku keluar dari ward adik aku yang sakit bersama seorang lelaki yang berpakaian serba hitam. Huiiishhh hensemnyaaa😍. Aku pon berjalan seiringan dengan lelaki tu. Sepanjang perjalanan kami itu.. aku ternampak ada 4 orang yang duduk di atas lantai.. seorang jururawat, seorang pesakit, seorang bapa(mungkin) kepada pesakit tu dan seorang GRIM REAPER!!!!!!!!😨😨 Grim reaper tu ialah malaikat yang mencabut nyawa. Aku tahu pon sebab pernah tengok citer korea yang ada cerita yang grim reaper... 😑. Siapa yang selalu tengok cerita korea mungkin tahu serba sikit pasal grim reaper... grim reaper biasanya berpakaian serba hitam dan bertopi.🕴 Aku perhatikan lelaki di sebelah aku. Serupa macam grim reaper😨. Dengan hati2 aku tanya.. awak ni grim reaper ke? Pastu dia tak jawab dia sengih je. Pastu dia pakai topi dia... and dia masih seorang manusia.. bkn grim reaper... 😧... aku terus peluk dia sambil jalan nak keluar dari hospital.. dia pon balas pelukan aku😋 tapi tetiba dia jadi halimunan... 😖 aku perasaan sbb orang tengok aku pelik jalan sambil berpelukan tapi takde siapa yang nampak aku peluk siapa.. huiisshh seram plak. Lepas tu lelaki tu pakai baju doktor, pakaian doktor.. tapi sayang muka dia masih lagi halimunan😖.. tapi aku terus je berjalan sambil peluk dia. Sampai je kat tempat turunkan penumpang yang biasanya ada depan pintu utama hospital... dia tolak aku lepaskan pelukan. Aku pelik. Pehal nak tolak2 aku pula?😡 lepas tu dia menari... hahahaha😑😑 aku pelik tengok dia.. depan pintu utama tu ramai orang yang menunggu tapi takde siapa yang tengok kami berdua.. samada tengok aku ataupon lelaki tuu.. jadi aku pikir.. aku pon da jadi halimunan.. so aku pon menari sekali dengan lelaki tu tanpa menghiraukan orang lain.. 💃.. aku da jatuh cinta dengan lelaki tuuuuu.. kami menari sampai la tetiba ada lagu.. tapi makin lama lagu tu makin kuat dan bising....

Aku buka mata. Matikan alarm kat handphone. Tengok jam. 9:45 pagi. Aku tersenyum. 😋😋😋😋 TAMAT lah sebuah mimpi yang indah.

P/S : aku tak ada adik yang sakit. Atau adik perempuan yang da besar. Sebab dalam mimpi tu adik perempuan aku tu da besar. 🤔🤔
Sebenarnya mimpi aku tu panjang lagi. Tapi aku ingat2 lupa.. so aku tulis mana yang aku ingat je... jadi yang aku ingat adalah part ni.. huhu😋😋
Mungkin aku mimpi pasal grim reaper tu sebab selalu sangat tengok cerita korea yang ada unsur2 alam ghaib.😋😋

Tuesday, November 28, 2017

RESTORAN STEAMBOAT WAJIB CUBA DI JOHOR

hai assalamualaikum pembaca sekalian..🤗

hurmm hujan2 ni seronok kan kalau dapat makan yang panas-panas. 😫tapi tak cukup la kalau setakat makan goreng pisang dengan air kopi je.. tak kenyang. so, kita nak hangatkan badan kita dengan makanan yang fresh dari kuali.. AA ada senaraikan serba sedikit restoran steamboat yang ada di johor. sebab perut AA sekarang ni memang tengah lapar steamboat...  agak-agak ada sesiapa yang nak bawakan tak?? huhuhu😁


1. Putrasmoke BBQ & Steamboat

Lot CN, jalan air hitam , saleng 81000 Senai, Johor, Malaysia

No Tel       : +60 7-783 2889



2. Bakar Bakar Steamboat & Grill House
No. 1, 1-01, Jalan Padi Emas 1/5, Uda Business Centre, Bandar Bahru Uda, 81200, Johor Bahru, Malaysia.
No Tel       : +60 11-2665 6880/019-701 4489


3. MELETOP Steamboat & Grill
12, Jalan Enau 3, Taman Teratai, 81300 Johor Bahru, Johor, Malaysia.
No Tel       : +60 13-744 8634


4. Bucida Garden BBQ & Steamboat
25, Jalan Suria 6, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor, Malaysia.
No Tel       : +60 12-738 4197
Foto Bucida Garden BBQ & Steamboat.

5. De’ Lanun Steamboat & Grill
81, Jalan Setia Tropika 1/8, Setia Tropika, Johor Bahru.
No Tel       : +6017-7319193
Foto Edlene Amani Nasuha.

AA memang suka makan steamboat ni taw.. sebab biasanya bila makan steamboat kita akan makan sekali dengan family atau kawan2 so, dari situ dah boleh eratkan silatur rahim.😄 lagi satu, masa makan takde lah nak menyombong dengan makanan sendiri je. kita makan sama2, masak sama2.. best kan?? sape yang suka mkn steamboat juga, boleh komen kat bawah. kita ada favourite yang sama. dan siapa yang terliur tengok gamba2 kat atas ni, sila komen yee.. hehehehe😆
okey bye!

Wednesday, November 15, 2017

CERPEN #2

"Alhamdulillah syukur.." aku melepaskan nafas panjang. Jualan untuk hari ini sama seperti hari-hari sebelumnya.. aku sudah mula melangkah ke arah van sambil2 mengurut bahu yang lenguh.

"Nah!"

"Opocot mak kau naik daun"

"Ops sorry.. nih yang tadi awak kata nak rasa jagung manis saya kann, amik la" dia menghulurkan secawan jagung manis yang dibungkus dengan plastik kecil

"Haaa terima kasih." Aku menyambut hulurannya.

Dia terus berpaling ke gerainya semula.

Aku lihat dia baru hendak mengemas peralatan di gerainya. "Nak saya tolong?" Aku bertanya serba serbi. Yelaa dia dah bagi aku jagung manis ni tak kan lah terima kasih je.. tapi dia tetap dengan kerjanya. aku pon bangang juga.. asal aku tak bayar jagung ni. Aduuuh. "Eh.. jap ea.. jagung ni..." aku pergi ke van dan mengambil wang berjumlah 3 ringgit dan kembali semula ke gerainya. "Maaf lupa nak bayar.. hihihi" sengihku sambil menghulurkan wang tersebut.

Dia berhenti membuat kerja lalu pandang ke arah jagung yang masih ditangan aku. "Tak payah. Anggap je saya sedekah." Dia tersenyum.

"Ouh kalau macam tu biar saya tolong awak kemas sekali ye? Boleh kan?" Tak kan nak makan free kot cik kak oii kene tolong juga..

"Betul ke nak tolong?"

Aku mengangguk laju. "Ye.. meh saya angkatkan kerusi dengan meja" aku terus menggapai kerusi dan meja yang ada di sebelah aku.

"Hati-hati." Dia membalas.

'Dapatlah makan jagung dengan tenang.. hohoho' dalam hati je laa.. kang dia kata aku tak sopan pula.

Tuesday, November 7, 2017

MACAM MANA NAK KURUS ??? (cara saya)

assalamualaikum.. salam sejahtera kawan-kawan🤗

zaman sekarang ni,🤔ramai orang yang berlumba-lumba nak mulakan gaya hidup yang sihat 🏋️‍♂️untuk mencapai target masing.. mungkin ada yang nak kurus, nak fit, nak nampak cantik, nak itu ini dan macam-macam lagi.. hurmmm tapi nak capai taregt tu semua mesti kene ada plan.. betul tak? AA pon sekarang ni dalam proses nak mencapai salah satu target yang AA sebut tadi.. so, sejak 2/3 minggu lepas AA da mulakan gaya hidup sihat ni.😎.salah satu yang AA lakukan ialah:

1. SET TARGET🎯
AA mulakan dengan tentukan target yang AA nak capai. contoh, berat sekrang ni 69.7kg.. kita set target nak turun 0.5kg setiap sehari.. jadi kita buat jadual dari isnin sampai ke ahad pastu kita timbang berat badan setiap malam hari🌚 sebelum tidur untuk pastikan berapa berat yang turun atau naik. kenapa sebelum tidur kene timbang berat badan? sebab masa nak tidur.. kita da tak ada makan apa2 lagi da.. kita tinggal nak tidur je jadi sebelum tidor kita kene timbang berat badan dan catat kat jadual yang kita buat.. tapi AA tak buat jadual. sebab AA ada samsung health. app dalam handphone. jadi setiap kali lepas timbang berat AA akan terus record dalam apps tu.. sooo senang. 🌞dengan cara buat jadual ni kita akan lebih nampak dengan jelas matlamat kita dan kita berada di tahap yang mana..


2. CABARAN 1 HARI 1 NASI🍚
tips kedua ni sebenarnya lebih kepada kurangkan makan nasi. tapi AA jadikan ia tak terlalu terbeban pada diri AA jadi AA buat cabaran ni.. 1 hari 1 nasi. ni salah satu cara nak kurus dan juga nak jimat duit💰 huhuhu sebab nasi mengandungi karbohidrat yang tinggi. kalau nak terus keluarkan nasi dari diet kita mungkin agak susah jadi kita kurangkan pengambilan nasi. sejak AA buat cabaran ni... AA rasa badan AA lebih ringan walaupon selalu craving macam2 tapi AA bezakan🤷‍♂️ antara keinginan dan lapar. biasanya bila lapar je AA akan minum air masak sebab nak kurangkan rasa lapar tu.. hahaha AA taktahu la cara ni berkesan atau tak tapi inilah yang AA lakukan. mungkin korang pon boleh cuba juga

3. SENAMAN RINGAN⛹️‍♀️
AA ada juga buat workout sikit2 tapi bukan yang terlalu extreme sampai lompat2 bagai tu sebab AA ada semput, jadi AA buat mana yang AA mampu je. selalunya kalau tak workout AA akan jalan2 bersiar2🚶‍♂️ kat mana2 je laa.. kalau korang rasa bosan.. korang boleh la pergi shopping🛍 kat mana2 xshopping pon windows shopping pon oke laa asalkan dapat gerak kan otot2 kat kaki jgn duduk je..atau mungkin korang boleh buat sukan yang korag suka... contohnya main badminton ke main futsal ke ataupon korang boleh cuba menari zumba... workout dan zumba tu korang boleh cari je kat youtube mana2 yang korang suka yang senang untuk korang ikut.. korang boleh cuba..😘

4. AIR MASAK🥛
sejak2 nak amalkan gaya hidup sihat ni.. AA memang da jarang minum air manis. kalau minum air manis pon AA akan minum air jus yang manis dari buah bukan dari gula.😊 korang pon tahu pengambilan gula yang melampau boleh menyebabkan banyak penyakit. jadi AA beli satu botol air yang bercapasiti 250ml jadi setiap hari AA akan abiskan satu botol tu dan tambah lagi air dan minum separuh dari botol tu.. so setiap hari AA akan minum 375ml air. 😁hurmm memang kembung la mula2 tu tapi lama2 da biasa AA lebih suka air masak daripada air manis..walaupon asyik nak beli air manis je tapi dalam hati cakap sabar sabar jee sebab AA da ada target..

AA ni bukan la ahli pemakan sihat pon.😋 cuma AA suka share dengan sesiapa saja.. AA harap tips ni bermanfaat untuk korang k.. kalau nak sihat, nak kurus kene ada target dan plan.. jangan nak diet membabi buta je ye..😊

okeylah.. bye bye😘😗










CERPEN

Aku mula menyusun dulang-dulang yang berisi pelbagai jenis kuih di atas meja. Satu per satu dengan berhati-hati, risau kalau ada yang terjatuh rugilah aku nanti. Peniaga disebelah gerai aku pula baru mula nak pasang khemah. Aku perhatikan sambil tangan aku laju menyusun dulang.

"Dik, kuih lapis ni 3 ringgit" Seorang wanita yang agak berisi bertandang ke gerai aku.

"Okey kejap ye kak. Nih 3 ringgit" Hulurku  beserta senyuman

"Terima kasih dik"

"Sama2"

Aku senang melihat pelanggan aku tersenyum. Kadang2 ada pelanggan yang datang ke gerai aku dengan muka masam, mungkin ada masalah yang dihadapi. Tapi bila aku mulakan dengan senyum, dia juga turut tersenyum. Haaa indahnya perasan itu.

Aku menoleh ke arah gerai sebelah. Peniaga yang sering dengan buku. Tak pernah lepas dari tangan. Asal ada masa terluang saja, dia akan membaca kembali. Dia tak seperti peniaga lain, yang menjerit2 menarik perhatian pelanggan datang ke gerai mereka. Tapi...bagaimana dia boleh membaca dalam keadaan hiruk pikuk pasar lambak ni? Itu yang kadang2 membuatkan aku tertarik untuk tahu.

"Ada apahal?"

"Hah?"

"Kenapa tengok aku macam tu?"

Alamak aku tenung dia ke tadi?? Ya Allah malunyaa.. "eh.. tak lah saya teringin nak rasa jagung manis awak tu.. hihihi" aku tersengih macam kerang busuk. Dia kembali menundukkan wajah dan membaca tanpa sepatah kata..

Fuhhh nasib baik dia tak marah..

Thursday, November 2, 2017

HUNGER GAME @ UUM

hai dan assalamualaikum sayang2 semua....😘

Pada tanggal 31 oktober 2017, 📅AA telah menyertai satu pertandingan memanah🎯 yang dianjurkan oleh pelajar UUM dari kelab memanah.. hihihi.. mungkin ramai kawan2 AA yang tak tahu bahawa AA ni ada bakat dalam sukan memanah😏..even my family pon tak tahu yang AA ada skill dalam sukan memanah. ada je sesetengah kawan AA yang tahu AA pernah main memanah tapi diorang tak layan sangat cerita AA ni..sebab tu AA malas nak cerita kat kawan2 yang lain...yela mungkin diorg lebih suka sukan yang lain...💁‍♀️

AA masuk pertandingan ni pon banyak sebabnya... pertama-tama sekali☝️ sebab A memang suka sukan ni. sejak sekolah lagi AA da join sukan ni tapi setahun je la sebab masa form 6 baru sukan ni wujud kat sekolah AA, jadi sempat la merasa pengalaman pegang busur, pegang arrow and shot.. best giler bila dapat shot...kadang2 walaupon tak kene tepat kat tengah tapi still rasa happy sebab tak sasar jauh sangat.. huhuhu... kedua,✌ sebab AA nak mulakan hidup yang sihat.tak nak duduk terperok dalam bilik je hari2 menghadap assignment.. lama-lama boleh gila kang..huhuhu... ketiga 👌sebab AA nak merasa juga dapat hadiah dari pertandingan dalam UUM, dah sem 5 da sekarang, tak kan xde reward untuk diri sendiri kannn... 

sebelom hari pertandingan tu, AA ada bagitahu kat family AA bahawa AA masuk pertandingan ni. antara respon yang AA dapat semuanya yang baik. tapi ada juga la yang macam tak yakin "betul ke kau masuk, na?"🤔..seolah2 macam AA tak boleh menang pulak...hahaha.. diorang tak tahu yang AA pernah main sukan ni sebab tu diorang tak yakin.. AA pon ada bagitahu kat kawan2 AA yang lain and they give me a great support 👍👍lagi2 my friend la kan cuma dia tak dapat datang support AA masa hari kejadian sebab dia nak kene pergi indon..hurm sedih kawan yang lagi sorang pula dia dapat teman masa hari training je..xpe la asalkan diorang support AA. and AA really appreciate semua yang support AA masa tu.. thank you very much 🙇‍♀️

so, masa hari pertandingan tu.. pagi2 lagi AA da jalan kaki pergi padang memanah sebab pertandingan tu start pukul 830 macam tu... tapi biasa laa semua tu tak kan terjadi walau ada tentatif yang tepat hahaha AA jalan kai sorang2 taw dengan perasaan gugupnya, AA jalan kaki sambil baca selawat sebab memang tengah nervous sangat2 masa tu... rasa macam nak tarik diri pon ada. tapi rasa gugup dan nervous tu hilang bila AA sampai kat padang tu sebab AA da jumpa kawan yang datang pertandingan tu pon sorang2 jadi kami ngam...nama dia jiyah👱‍♀️ lepas bebrapa minit datang lagi sorg pompuan sama juga keadaan nya macam AA dan jiyah.. nama dia ira👩‍💼 so kitorg jadi kawan dan mula bertukar2 maklumat diri...tanya pasal kos, dpp, umur , asal dari mana..dan banyak lagi..yan bestnya bila berkawan dengan diorang ni..diorang saling memberi sokongan dekat sesiapa yang main..AA pon jadi macam diorang juga..hahaha🤣🤣 kitorang saling sokong menyokong.. jadi takde rasa macam lonely main kat situ..ada juga orang nak support kita hahaha... bila ada orang sokong kita memang hilang rasa gugup

pertandingan tu ada 2 kategori✌. mula2 kategori qualification, markah dikira untuk semua orang. semua orang akan dapat hadiah dari nombor yang terakhir sampai lah nombor keempat tapi dari nombor 1 sampai nom 3 akan dapat medal🥇🥈🥉...serius arr AA teruja giler ira dapat medal AA dengan jiyah dapat hadiah saguhati je..AA dapat nombor 4 lagi sikiiiiit je... hahaha. xpe laa da rezekiya kat situ.. AA pon da nasihatkan diri sendiri kalau tak menang, jangan sedih. kalau menang, jangan riak... 🤗so AA memang tak kesah nombor berapa pon yang AA dapat. 

pastu, ada kategori olimpik, main kalah mati... kategori ni bila main memang akan cuak serius arr AA lawan jiyah kot masa tu... dan rezeki AA masa tu AA menang.. jadi AA boleh terus ke final. masa kat final tu nak tentukan samada AA nombor 3 atau 4 AA lawan dengan perempuan...and the thing yang AA tak sangka AA menang..so AA dapat nombor 3. Actually AA memang tak tahu pon AA dapat nombor berapa sebab masa kira markah tu AA tak nampak markah pihak lawan jadi AA tak tahu markah pon masa tu... masa diorang sampaikan hadiah barulah AA tahu "ouhhhh dapat nombor 3" hahahaha😂

AA memang teruja la untuk pertandingan ni. walaupon dapat nombor tiga...kakak cakap "janji ada nombor"😊 hahaha okey iolls redho..salah satu sebab AA suka main sukan ni sebab ni sukan yang Nabi sunahkan..jadi main sukan ni bukan saja2 je, ada faedahnya... lepas ni AA nak aktifkan diri lagi untuk selalu pergi ke pusat sukan...x mau jadi pelajar yang suka menggemukkan diri dalam bilik je kannn ye dokk😋

hihihihi okeylaa baiii🙋‍♀️

Thursday, October 26, 2017

FINE DINING YANG MURAH???

Hai dan Assalamualaikum...

Pernah tak korang teringin nak makan macam VIP, dekat dalam hotel.. ada waiter yang serve korang.. makan pakai garfu and pisau..mesti pernah kann?? AA pon pernah berangan dan teringin sangat nak makan macam tu.. rasa diri ini begitu istimewa....hahaha. Dan AA ada dapat pengalaman merasai semua yang AA berangan tu.... dengan harga yang murah je. Sekali makan, ada 5 dishes, RM18 je. 5 dishes RM18 je taw...bukannya satu makanan RM18.

So, sebenarnya AA makan kat dalam UUM je under student Hospitality.. sebab tu kosnye murah, walaupon harganya murah dan quantity makanannya sikit tapi AA makan boleh kenyang sampai malam taw. Mula-mula AA da bagi expectation yang AA tak akan kenyang pon makan fine dining ni tapi rupanya....Ya Allah kenyang sangat-sangat dan AA sampai tak boleh nak bangun dari kerusi sebab perut masih sarat dengan makanan. makanan yang diorang sediakan tu complete dari appetizer sampailah dessert. Memang superb arr. Sebelum ni AA tak pergi pon makan kat fine dining ni sebab bagi AA harganya agak mahal dan AA rasa ianya tak berbaloi dengan kos sara diri hidup kat uni ni...

Sebelum nak datang kat restoran tu, korang kene buat reservation dulu, sebab diorang kene sediakan makanan yang cukup-cukup untuk customer, tak nak lebih atau kurang sebab itu semua ialah kos. So kene buat tempahan dulu. Then,makan je macam biasa...waiter akan serve korang, nak air apa? panas ke sejuk? nak makan apa dulu? da siap makan ke? nak apa? nak itu? nak ini?...diorangmemang akan layan korang macam mana waiter sebenar yang akan layan korang...memang macam real. 

so, ni makana yang AA makan haritu.. sedap gila weyh lagi potato salad tuu..korang jangan terliur pulak ye..

 potato salad
 chocolate banana cake
 breaded chicken served with mushroom sauce accompanied with mashed potato and chef selected vegetables
 air kopi (minum dengan dessert)
 creamy leek soap
 berangan nak jadi retiss
my friend yang sama dengan tema fine dining tu

Makanya, kalau korang nak merasa makan macam dalam hotel boleh la pergi makan kat restoran yang student hsopitality (kat uni korang) mana yang masih belajar laa ye. dan rasai sendiri makanan diorang. kita kene lah support member kita yang belajar sama uni dengan kita kan...

okelah sampai sini je..baiii

Tuesday, October 24, 2017

TIPS NAK HILANGKAN RESDUNG

Hai dan Assalamualaikum🎈

Post pada kali ni AA nak cerita pasal resdung. Ye penyakit resdung ramai yang alami termasuk lah AA sendiri... mmg sakit hidung asyik nak bersin je kadang2 sampai bengkak tekak AA sebab gatal resdung tu turun ke tekak..macam2 cara juga AA cuba lakukan supaya resdung ni hilang... AA ada resdung mungkin faktor keturunan.. adik beradik AA memang kebanyakkannya mengalami masalah yang sama... pagi2 je mula la bunyi sedut2 hingus dan bersin. Kalau korg pon ada resdung, apa yang korang buat?

AA nak share tips yang AA dapat dri facebook semalam... Harap tips ni dapat membantu korang dan AA sendiri untuk hilangkan penyakit resung ni😉

1.Hidrasi
Minum banyak air mineral. Cecair ini akan bekerja membantu mendorong lendir keluar. Elakkan minum alkohol, kafein, minuman manis, dan jangan merokok. Sekiranya anda masih berdegil, ia boleh menyebabkan lendir semakin menebal dan saluran pernafasan semakin tersumbat sehingga mencetuskan keradangan yang lebih teruk.

2. Air Panas

Petua hilangkan resdung seterusnya ialah dengan sedut wap air panas. Caranya? 

Pertama, rebus air mengikut saiz bekas anda, lalu campurkan dengan air garam sehingga mendidih. Letakkan kepala anda 30cm di atas air, lalu sedut wap tersebut.

Untuk kesan yang lebih baik, anda boleh menutup kepala dengan tuala yang menutup wap air panas. Lakukan selama 15 minit sebanyak tiga kali dalam sehari sehingga resdung reda.

3. Tuam Tuala Pada Muka Dengan Air Panas

Petua lain yang anda boleh amalkan adalah dengan menuam tuala di bahagian pipi dengan air panas tersebut. Tapi janganlah panas sangat, kang melecur muka deknon. Suam suam kuku pun okay. Panaskan air, sehingga mendidih dan tuamkan tuala di bahagian muka anda..

Cara ini dapat membantu mengeluarkan lendir yang terkumpul di bahagian bawah mata dan kawasan sekitar hidung.

4. Lidah buaya

Menarik, kan? Lidah buaya pun boleh digunakan untuk mengubati resdung sebab ia mengandungi sifat antiseptik. Cara menggunakan lidah buaya ini adalah dengan menitiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung. Untuk kesan lebih baik, minum rebusan lidah buaya.

5.Limau Nipis dan Daun Pandan

Petua seterusnya ialah menggunakan campuran limau nipis dan daun pandan. Caranya, sediakan 8 buah limau nipis dan 10 helai daun pandan. Hiris halus-halus daun pandan. Perah buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak, pisahkan bijinya. Campurkan air perasan limau dengan daun pandan.

Ramas daun pandan tersebut beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan. Tapiskan sehingga tinggal air saja. Basuh atau cuci muka terlebih dahulu dan bilas air tadi ke wajah anda, elakkan dari terkena mata atau bibir. Tunggu wajah kering lalu sapukan lagi. Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik. Selesai dah boleh cuci wajah anda dengan air biasa.

Amaran!!! Cara ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Ini kerana ia akan menyebabkan kesan pedih yang maksimum namun masih terkawal. Kesan berbeza mungkin terjadi pada setiap individu dan keadaan resdung anda. Sila rujuk pakar terlebih dahulu andai ragu – ragu.

Kalau korang agak berduit, korang boleh la pergi kat klinik sinar permata (tak silap AA laa) klinik ni mmg khas merawat sakit resdung ni.. korang boleh google sendiri klinik ni okey...

JOM SIHAT SAMA-SAMA & SELAMAT MENCUBA

bai bai

Saturday, October 21, 2017

TIDUR DALAM KELAS

Hai Assalamualaikum.... 💕💕

pagi tadi AA baru je sampai UUM.hurmmm sangat memenatkan.😓bayangkanlah 12 jam duk atas bas baring duduk baring duduk tu je laa..bila turun bas, sakit pinggang, sakit pungkoq, sakit belakang adooooi penat nau nau laa. Padahal selama ni pergi balik UUM ke Johor sama je tapi kali ni agak penat sikit laa... mungkin kesan daripada polar tidur yang tak teratur. 

Jadi AA nak cerita satu pengalaman yang AA pernah lalui dan mungkin korang tak pernah rasa masa zaman sekolah dulu....😋😋TIDUR DALAM KELAS haaaaa ni bukan kes AA tidur sebab bosan taw... tapi sebab peraturan sekolah yang suruh AA tidur.. huhuhuhuhu😊😊...sekolah AA akan mula sunyi bila tiba jam 12:30 - 1:00 tengahari...siapa yang tak tidur masa ni memang rugiiii sangat sangat. 

Okey, sebenarnya tidur SEKEJAP 😪😪pada waktu tengahari memang ada dalam ajaran islam yang disebut QAILULAH. mungkin ada sebutan yang lain tapi AA tak berapa nak pasti. Jadi, sekolah AA mengamalkan amalan Rasulullah ni. banyak kebaikkan yang dapat diperolehi daripada QAILULAH ni, antaranya; kita akan lebih segar untuk melakukan aktiviti seterusnya, kita mudah nak bangun qiamulail di sepertiga malam, dan banyak lagi sebenarnya tapi ini je yang AA ingat hahaha

AA dulu sekolah asrama, so hari hari adalah hari yang memenatkan bagi AA. bila masuk kelas awal pagi masih segar lagi tapi bila da tengahari mula lah mata jadi berat.. korang pun sama kan???? sekolah AA sekolah dari pagi sampai petang jadi tak adanya nak balik tidur atas katil ke apa. letak kepala atas meja, tidur.tak ada bantal pun. kalau nak selesa... beg sekolah💼 dijadikan bantal alas kepala atas meja... tu baru selesa sikit tapi bila air liur meleleh...haaa baru padan muka abis laaa satu beg tuuu huhuhuh... AA tak pernah la meleleh air liur atas beg...atas lengan sendiri pernah laa... nampak tak da cerita part yang selekeh pasal diri sendiri...tapi lengan boleh dibasuhkannnn

Tapi bila da masuk alam uni ni sangat sangat berbeza.. polartidur pun tak terurus. kejap tidur pukul 2-3 pagi kejap tidur awal kejap tak tidur langsung. nak qailulahpon susah. yelaa kelas pukul 12:30-1:00 pastu nak solat lagi..nak masuk kelas yang lain lagi....huuuuu mencabar.. rindu zaman sekolah.😍😍😍


Monday, October 16, 2017

HOME SWEET HOME

Sampai je kat Johor.. ayah bawa AA makan kat kedai... pastu kitorg ada borak2 sikit. Sampai satu part ni

Ibu: ayah da angkat kain kat umah tadi?

Ayah: dah (sambil sengih2)

Ibu: yela tu ayah.....

Then siti menyampuk
Siti: ayah kat umah tido je....(makan)....tak angkat kain pon

🤣🤣🤣🤣 kantoiii

Ayah: alaaa siti tu...(tunjuk2 main fon)

Ibu: haaa tengok.. siti yang jaga ayah bukan ayah jaga siti

Siti: ayah tido bunyi

Ibu: abis laa bajunya tak diangkat

Ayah hanya mampu sengih sajaaa

AA yang terlebih terhibur😋😋

Wednesday, October 11, 2017

NAK CUTIIII

HAI! Assalamualaikum.... hihihihi😁😁 harini AA happy giler2 sebab esok AA akan bertolak ke perak sebagai permulaan cuti AA yuhuuuu!!!! AA happy giler sebab AA akan pergi dengan kawan kegemaran AA...dan AA akan stay kat rumah kawan AA kat sana nanti. esok AA akan bertolak dari uum pegi stesen bas kangar sebab kat stesen bas changlon da abis tiketnye... sedih taw...😢 so dari stesen bas kangar akan terus bertolak ke stesen bas ipoh..tiket bas dari kangar ke ipoh hanya lah dalam RM30+- so kat sana nanti kakak kawan AA tu akan amik kitorg. dan bermula lah langkah kitorg sebagai perantau...😎😎


sebenarnya kitorang plan nak pegi penang dan jadi backpackers😩 tapi keadaan tak mengizinkan sebab tiket untuk ke penang da pon diabiskan oleh segerombolan manusia yang nak gi penang juga 😣😣😣😣isk..isk..isk.. tapi kitorg tetap nak pegi penang juga suatu hari nanti sebelom grad. 💪

kalau korang nak tahu kat mana je AA akan pegi masa kat perak nanti..... STAY TUNED😉 ok... 

okey byeee

Tuesday, October 10, 2017

JJAJANG PASTE, DANMUJI DAN KIMCHI

Assalamualaikum semua… alhamdulillah hari ni AA ada juga peluang nak update blog hihihi yelaa sebelum ni sibuk dengan kelas dan esainmen.

Kali ini AA nak share sikit kat uolls satu produk makanan korea tapi dibuat oleh orang Malaysia dan halal iaitu pes jjajangmyeon, kimchi dan danmuji daripada MARIMOGO HQ!!!!! Yess mungkin ada daripada korang yang pernah dengar atau yang tak pernah dengar… okey. Marimogo hq ni adalah syarikat pembuat makanan asas korea iaitu kimchi, danmuji dan pes jjajangmyeon.

Image result for MARIMOGO HQ

Tiga makanan ini kira macam diorang punya main produk yang diorang produce. Ketiga2 makanan tu AA da pernah cuba. Hehehe yela sebab asyik tengok citer korea macam sedap je diorang makan AA nak rasa juga la kann. Jjajangmyeon tu sebenarnya black bean noodle. Tak silap AA ia makanan orang cina juga. Dan rasanya tak pedas pon. Pada korang yang tak pernah rasa lagi kimchi tu macam mana korang boleh lah try kimchi yang marimogo hq ni jual. Tapi korang jangan terkejut pula bila makan sebab kimchi ni agak masam dan korang kene pandai kawal rasa tu, makan sekali dengan nasi ke.. dengan ayam ke.. Apa2 je laa supaya rasa tu seimbang. Kalau korang masih rasa masam juga mungkin tekak dan lidah korang  tekak dan lidah melayu asli…(sama lah macam AA). Dan danmuji pulak rasanya masam juga tapi tidak semasam kimchi. Danmuji ni diperbuat daripada white radish dan diperap dengan ramuan sikit2 pastu jadi wane kuning dan rasa masam.
AA dapatkan ketiga2 makanan tu daripada diorang punya agent kat kedah. Yang syoknya dia boleh cod sampai dalam uum!!!! Jimat sikit duit pos hohoho

Image result for JJAJANG PASTE MARIMOGO HQ
Jjajang instant paste : rm25
Image result for DANMUJI MARIMOGO HQ
Dazzling danmuji : rm15
Image result for DANMUJI MARIMOGO HQ
Crunchy kimchi premium : rm 25

Danmuji dan kimchi tu boleh tahan seminggu tanpa peti ais, jadi kene makan cepat2 supaya tak basi la agaknya.. Sebab makanan ni jenis makanan yang diperap jadi mungkin boleh basi atau berkulat atau rosak.. Kayss AA tak sure…jjajang instant paste tu plak boleh tahan sebulan tanpa peti ais, so AA boleh makan dengan berjimat hihihi… sayang kot nak abiskan satu botol terus..korang jangan risau taw.. Terpikir2 macam mana nak masak jjajangmyeon tu… sebab setiap kali pembelian diorang memang akan sediakan sekali resepi untuk ketiga2 makanan tu. Korang juga boleh tengok kat Instagram diorang ‘MARIMOGO HQ’, diorang pun ada share macam mana nak sediakan makanan ni semua.

AA da cuba haritu tapi malangnya AA tak amik gamba sebab AA da lapar sangat. Pikir nak makan je haritu. Hohoho.. Kalua korang nak cuba, korang boleh terus buka Instagram pastu cari MARIMOGO HQ kat situ macam-macam info korang boleh dapat.
Okey sampai sini je AA nak share. Selamat mencuba ye

MOVIE REVIEW : School For Good and Evil 2022

Kisah yang menceritakan dua perbezaan watak atau karakter dalam setiap cerita. Pihak yang baik dan pihak yang jahat.  Sophie dikenali sebaga...