Monday, December 25, 2017

FINAL EXAM NAK DEKAT!!!!!


Hai assalamualaikum korang😙.. macam tajuk yang kat atas ni, mesti korang da dapat agak sekarang ni AA dalam zon merah(bahaya)🚨 kannn sebab exam nak dekat.

tapi...AA nak sharekan sesuatu dengan korang yang mungkin tengah dalam zon merah juga sekarang ni🤔... AA nak share cara AA belajar. yes i'm not a clever girl 🙇‍♀️macam girl out there yang pandai, result SPM letop2, setiap sem dapat dekan... AA biasa2 jer. tapi bukan bererti AA tak ada usaha nak dapat result yang gempak. cuma bukan rezeki AA. so, apa2 pon AA nak share juga cara AA belajar. JOM!💃

first of all, BELAJAR 3S
apa tu belajar 3s???? 🤷‍♂️mungkin korang tak pernah dengar..sebab ni AA yang reka sendiri tapi isinya sama je macam tips2 dari pelajar cemerlang yang lain. 3s tu ialah sebelum, semasa dan selepas. maksudnya, sebelum kelas,semasa dalam kelas dan selepas kelas kita kene sentiasa belajar. Tak belajar sekalipon tapi membaca.📖 sebab apa yang kita baca selalu kita akan mudah ingat. but AA tak buat sepenuhnya tips ni. AA cuma fokus💆‍♀️ dalam kelas je. AA jarang mengantuk masa belajar dalam kelas atau pon berbual ngn kawan2 sebab AA nak fokus. lagipon tips ni diperlukan sebelum masuk zon merah lagi. sekarang ni tips ni da tak guna lagi...hehehe

kedua, untuk subjek MENGIRA,⚖ korang hanya perlu buat latihan sebanyak yang boleh. buatlah past year question atau kalau korang ada duit lebih sikit...belilah la buku latihan ataupon soalan dari internet. buat, selesaikan semua soalan. kalau tak tahu tanyalah kawan2 yang tahu. sebab soalan kira mengira ni perlukan kefahaman🙄.. betul tak??? bila da masuk zon merah ni, usaha tu penting.

ketiga, untuk subjek TEORI,🌏 korang kene banyakkan membaca dan faham apa yang korang baca tu. jangan la baca membabi buta, orang kata. baca tapi tak hadam apa yang korang baca. so sia2 je. hahaha. so macam mana nak bagi korang faham dan hadam apa yang korang baca tu... lepas korang baca, cuba korang terangkan balik kat kawan2 korang atau pon terangkan bagi diri sendiri dengar. lebih bagus suruh kawan yang dengar,supaya dia boleh betulkan kalau korang ada tersilap faham. AA biasanya akan cakap dengan diri sendiri tapi bila rasa macam apa yang AA cakap tu salah...AA akan tanya kat orang lain..sebab AA tak nak ganggu orang lain belajar juga..😎

keempat, kalau korang ada yang jenis cepat hilang fokus masa study, cuba ikut cara AA ni. biasanya AA akan SET TIMER 🕰dalam 30 minit atau 1 jam. masa ni hanyalah untuk study. so, tak boleh pegang enset atau buat benda lain. AA akan tutup lappy dan biarkan timer yang AA set tu, AA nampak. jadi AA akan rasa macam..."ouh awal lagi ni" 😊jadi AA akan sambung study. bila masa nak tamat AA akan jadi lebih semangat study.. hahaha AA da cuba cara ni dan berkesan. dapat jugala AA fokus untuk 30min. kalau tak, tak sampai seminit je AA dan capai enset dok scroll fb lah ig la wasap la apa laaa... hurmm sampai kesudah tak study.. sebab tu AA cuba guna cara ni.😋

kelima, atau mungkin yang last, DOA & TAWAKAL. 😁korang pon tahu kan.. sebagai umat islam, segala apa yang kita lakukan kita mesti berserah kepada Allah. supaya bila kita dapat result nanti kita tak riak, kita tak sedih. AA selalu doa semoga dipermudahkan jawab soalan dan biarlah keputusan AA tu setimpal dengan usaha AA. jadi biala dapat result teruk pon, AA akan salahkan diri sendirilah sebab tak usaha🤣.. hehehe

jadi kepada kawan2 AA yang akan menduduki peperiksaaan, AA ucapkan good luck untuk korang. ingatlah kita masih belum terlambat untuk study...hehehe..jangan samakan result korang dengan result orang lain. apa yang korang dapat adalah atas usaha korang sendiri. 🤦‍♀️sekiranya ada orang yang caci korang sebab dapat result yang teruk, ingatkan balik pada diri sendiri, itu adalah usaha korang dan itu yang termampu. so lepas ni terus study k. Hidup kene chill.😎



No comments:

Post a Comment

MOVIE REVIEW : School For Good and Evil 2022

Kisah yang menceritakan dua perbezaan watak atau karakter dalam setiap cerita. Pihak yang baik dan pihak yang jahat.  Sophie dikenali sebaga...