Tuesday, May 9, 2017

MANFAAT VASELINE PURE PETROLEUM JELLY

Hai assalamualaikum semua💕…. Harini ni AA nak bagitahu kepada anda semua tentang manfaat yang boleh diperoleh daripada sebiji vaseline atau sebekas vaseline??? Oke laa manfaat daripada vaseline.

Kenapa AA ckp manfaat??😕 Sebab AA da gunakan vaseline ni lama dah… sekarang ni mungkin dah masuk 2 tahun dah aa guna vaseline dan banyak yang aa boleh buat hanya dengan vaseline. Serius talk!
1.       First, AA guna vaseline ni of course la sebagai pelembap bibir💋 or lipbalm. Aa punya kulit bibir sangat-sangat mudah kering dan kalua kritikal sangat tu boleh sampai luka dan berdarah-darah. So AA akan apply vaseline nil aa untuk hilangkan sel-sel kulit mati kat bibir tu dan bibir nampak clean and clear jee

2.       Second, AA guna vaseline ni sebagai makeup remover💄. AA tak sure la ramai yang tahu tentang ni atau tak… masa mula-mula aa berjinak nak melawa ni AA belum mampu nak beli makeup remover lagi so AA gunakan vaseline ni untuk tanggalkan makeup in case nak solat atau da balik rumah. Bagi AA mudah sangat pakai vaseline sebagai makeup remover. Just calit sikit kat muka dan sapu bagi rata lepas tu biarkan sekejap then lap guna tisu kering atau tisu basah.. Makeup akan hilang tapi mungkin berminyak sikit lah. Tapi boleh cuci dengan pencuci muka.

3.       Then, AA guna vaseline ni untuk kekalkan bau minyak wangi💨..normally AA akan sapu sikit vaseline pada kedua-dua pergelangan tangan tunggu kering sikit dan spray minyak wangi…bau minyak wangi itu akan kekal sebab ia ada kat atas lapisan vaseline tuuu.

4.       AA guna vaseline ni juga untuk tanggalkan kesan makeup pada baju👕👗, tuala, tudung and so on. AA pernah cuba dan ternyata ia berkesan…sebab aa ni kadang-kadang malas nak ambil tisu kalau makeup comot atau apa2 so, AA akan guna je ape yang ada kat tepi2 aa macam tuala..hehehe so bila makeup tu dah melekat pada tuala agak susah nak tanggalkan. Tapi dengan vaseline aa calitkan sikit pada kawasan kotoran tu dan biarkan sekejap pastu basuh macam biasa. Dan kotoran hilang!!!💩

5.       AA pernah mengalami kulit kering yang sampai terkopek2, so AA cuba sapukan sikit pada kawasan kulit kering tu dan dalam masa 3 hari kulit aa kembali pulih. Serius talk!!! AA sendiri terkejut..rupanya macam-macam kegunaan vaseline ni. 😁Cuma AA x pernah cuba lagi kat jerawat.

So, kepada anda semua yang tak tahu lagi vaseline ni untuk apa…sekarang dah tahu kan??? Mari kita sama-sama manfaatkan vaseline ni..huhuhuhu kalau anda semua pon ada masalah macam yang kata atas ni boleh la beli vaseline kat mana2 kedai…kat watson ada, guardian, giant, tesco…dan lain-lain. Murah saja…aa beli haritu baru rm4.50 kalau tak silap lah..murah dan banyak manfaat…okey semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada anda semua…🅫🅫

No comments:

Post a Comment

MOVIE REVIEW : School For Good and Evil 2022

Kisah yang menceritakan dua perbezaan watak atau karakter dalam setiap cerita. Pihak yang baik dan pihak yang jahat.  Sophie dikenali sebaga...