Dah dua hari Asna alami sakit mata ikan kat hujung bawah lidah Asna. Memang perit lah bila nak bercakap. Kalau cakap pon pelat gitu.. sebab nak bercakap kann banyak guna lidah jugak. Apatah lagi nak makan.. aduihh sabo je lah. Asna memang kerap jugak alami ulser atau mata ikan ni dan banyak jugak cara yang Asna pernah cuba untuk atasi atau hilangkan mata ikan tu.
So, kali ini Asna nak share dengan korang empat cara yang Asna pernah cuba untuk atasi masalah mata ikan yang muncul kat dalam mulut kita. Sebelum tu, kita ambil tahu dulu apa sebab mata ikan @ ulser boleh muncul dalam mulut kita. Let's go~
Ulser atau mata ikan adalah luka yang biasanya berlaku di kawasan mukosa mulut. Contoh di kawasan pipi, bawah bibir dan lidah. Mata ikan nya kecil je tapi peritnye tu Ya Allah ~~ even sekarang pon Asna terasa-rasa peritnya... Antara sebab mata ikan ni muncul adalah kurang minun air, tergigit kawasan mukosa, kurang penjagaan mulut dan banyak lagi..
Mata ikan ni boleh berlaku pada dua atau tiga kawasan berbeza pada waktu yg sama taw 😱 seram wei bila terbayang.. Bayangkan lah yang baru satu mata ikan je kita dah tak nak bercakap dengan orang.. ni kan pulak ada dua tiga mata ikan.. aduih..
Kadang-kadang Asna biar je mata ikan ni sebab seminggu dua ia akan pulih sendiri tapi nak tunggu tu lama jugak yelaa.. tak bersosial lah pulak kan dengan orang sekeliling.. Cara Pertama yang Asna pernah cuba untuk atasi masalah mata ikan ni adalah
1. UBAT BONJELA
Ubat bonjela ni boleh dapat di mana-mana farmasi berhampiran dengan korang. Penggunaan ubat ni jugak tak perit dan lebih selamat laa.. InsyaAllah tak memberi kesan buruk pada ulser kita. Asna tak pernah beli pon ubat bonjela ni tapi asna pernah minta sikit kawan Asna punya. Huhuhu ye la masa tu tengok dia sapu kat mata ikan dia macam cepat elok je.. kita pon cuba laa
2. Kumur Air Garam
Air garam adalah cara yang paling mudah sekali sebab kita boleh buat sendiri air garam ni. Caranya adalah campurkan sedikit garam ke dalam air minuman bersuhu biasa. Dan berkumur dengan air garam tersebut. Cara ni memang selalu Asna buat sebab tak perit dan lebih semula jadi.... gituuu... kesannya pon boleh lihat dalam beberapa hari bergantung kepada berapa kerap korang berkumur tu
3. Letak Garam Pada Mata Ikan
Okey, cara yang ketiga ni agak extreme sikit dari berkumur dengan air garam tu. Cara ni adalah letakkan sedikit garam tepat pada mata ikan korang dan diamkan selama beberapa saat. Memang akan rasa pedih, perit, seksa dan sengsara yang amat sangat taw... kalau Asna guna cara ni, air mata Asna akan mengalir sebab sakitnya tu Ya Allah~~ cara ni memang bertindak pantas.. Biasanya Asna akan guna cara ni kalau Asna ada hal yang perlukan bercakap dalam masa terdekat.. contoh ada presentation ke ada interview ke meeting kee..
4. Gigit Mata Ikan
Kalau korang sukakan kesengsaraan, korang boleh cuba cara ni 🤭 Gigit mata ikan korang sehingga ia mengeluarkan darah dan bersihkan mulut korang. Memang seram ye bila kita pakai cara ni sebab kita menyeksa diri sendiri.. hahahaha.. tapi percayalah Asna pernah guna cara ni atas saranan kawan Asna.. dia kata cara ni lebih cepat.. hahaha tapi menyeksakan weii. Mungkin cara ni tak disyorkan oleh mana-mana doktor pergigian. So, terpulang pada korang nak cuba atau tak. Asna sekadar berkongsi.
Okey itu sahaja perkongsian Asna untuk kali ni.. fuhh lama jugak tak menaip ni kann. Hahahaha kalau korang selalu alami mata ikan ni, share cerita korang di ruang komen dan bertukar pendapat dengan Asna okeyh👌 okeylah Asna nak berkumur dengan air garam jap.. see you next time !👋
No comments:
Post a Comment