Saturday, June 2, 2018

Fakta ke Auta

Hai assalamualaikum kawan-kawan. Harini AA ada dengar tentang teori2 yang nenek dan ibu2 kita guna untuk mengelakkan sesuatu yang merbahaya atau tidak elok pada diri kita. Kadang-kadang ada teori yang tidak masuk akal pon, sekadar nak kita jauhi perkara yg buruk saje, salah satunya:

1. Jangan potong kuku malam2, nanti pendek umur.
Sebenarnya mereka tak benarkan kita potong kuku malam2 sebab org dulu2 gunakan pelita sebagai lampu. Dan pelita tidaklah seterang lampu elektrik. Dan org dulu2 guna pisau cukur utk potong kuku, maka bahaya la kalau potong kuku malam2 nanti tak nampak.. dah terpotong jari ke apa..

2. Jangan pakai pensil yang dah pendek, nanti cepat mati.
Sebenarnya hanya sebab susah nak tulis. Beli je pensil baru. Hahaha

3. Anak dara jangan nyanyi kat dapur, nanti kahwin dengan orang tua.
Jodoh tu kan ketentuan Tuhan. Jadi dengan siapa pon yg bakal jadi pasangan tu, terima je la. Tapi kalau suara tu tak sedap, kat mana2 pon org tak bagi nak nyanyi.

Setakat ni, ini teori yang AA ingat sampai sekaranglah. Ada banyak lagi teori2 yang lain, lain kali AA akan cuba korek sebab kenapa teori tu wujud. Oke guys.... bye.. 😗😗

Tuesday, January 2, 2018

JALAN


setiap jalan yang kita lalui mesti akan ada cabaran dan rintangannya. samada cabaran yang menguji diri mahupon ujian yang ingin menjatuhkan kita. tapi sekiranya kita lalui jalan itu tanpa ilmu yang secukupnya pasti kita akan tersasar. pelajarilah ilmu walau dimana kitaberada. carilah sahabat yang sanggup bersusah payah bersama kita.. bukan hanya muncul dikala kita bahagia.. sekiranya kita tidak mempunyai kawan yang mampu bersama2 dengan kita..berkawanlah dengan buku, berkawanlah dengan diri sendiri malah kita juga boleh berkawan dengan ahli keluarga kita sendiri. #hidupkenechill

ALAHAI KASUTKU......

Assalamualaikum..hai para pembaca sekalian... macam mana hari ni?? semua baik-baik?? AA nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2018 kepada semua pembaca blog saya ni... Apa azam korang tahun ni? harapnye semua yang diimpikan itu menjadi kenyataan pada tahun baru ni... tapi AA bkn nak cerita pasal tahun baru taw... post kali ni AA nak ceritakan kejadian yang sangat-sangat melucukan pada diri AA. 
Kasut yang AA pakai ni AA beli dari Chilindo. RM8.45 je uolls
kejadian ni berlaku pada hari pertama AA menduduki peperiksaan untuk semester ni. pada hari tu AA periksa pada jam 2:30 petang.. jadi lepas solat zuhur AA terus siap2 untuk pergi periksa. AA naik bas pada jam 2:11 dan AA anggarkan akan sampai dewan dalam 2:20 atau 2:25. tapi AA geram sangat dengan pakcik driver bas tu.... kenapa la dia nak berhenti setiap stesen bas. jalan je la terus dah tahu penumpang dalam tu semua terkejar2 nak pergi periksa.... ughhhh... kebetulan haritu AA pakai kasut baru. AA tak pernah lagi pakai kasut tu sebelum ni.. kiranya macam nak exam semua nak baru laa gituuu... kasut tu tirus kat bahagian hadapan, jadi kaki AA tak brapa selesa untuk pakai buat kali pertama. 

This is the tangga 
nak dijadikan ceritanya..jalan untuk pergi ke dewan peperiksaan itu, perlu turun bukit dan turun tangga. OMG!!!! dengan keadaan AA tergesa2 nak pergi ke dewan nya dengan keadaan nak kene turun bukit dengan kasut yang tak selesa nyaaa.... AA pon buka kasut pastu lari2 anak... bapak sakit arr kaki masa tuuuu... tapi nasib baik AA pakai stoking jadi kurang sikit sakitnya, kalau tak pakai stoking ntah apa la nasib kaki AA masa tu...hahahaha... sampailah separuh tangga AA turun, AA nampak ada 2 orang pengawas peperiksaan lelaki tengah tunggu kat luar. so, AA pon pakai lah kasut tu balik. and berlari2 anak pergi ke dewan. and the best part is... salah sorg dari lelaki tu tanya AA dengan nada melawak "kasut terputus ke?" tapi AA tak pandang dia pon. pastu AA jawab "TAKLAH KASUT BARU.." pastu AA terus masuk dewan,tapi AA dapat dengar diorg tergelak2 AA pon tergelak sekali hahahaha. nasib baik masa tu baru 4/5 minit mula. hahahaha AA jawab soalan dengan keadaan badan dipenuhi peluh sebab berlari. Ya Allah..... apakah nasib hari pertama periksa..........

so the moral is...jangan perasan kau masih awal. sentiasa awal walaupon org lain cakap "eleeeh awal lagi.. lek ar" jangan dengar cakap org2 yang macam tu sebab nanti diri sendiri yang terkena.

MOVIE REVIEW : School For Good and Evil 2022

Kisah yang menceritakan dua perbezaan watak atau karakter dalam setiap cerita. Pihak yang baik dan pihak yang jahat.  Sophie dikenali sebaga...