Sunday, November 6, 2022

MOVIE REVIEW : School For Good and Evil 2022

Kisah yang menceritakan dua perbezaan watak atau karakter dalam setiap cerita. Pihak yang baik dan pihak yang jahat. 

Sophie dikenali sebagai seorang gadis yang ayu, cantik dan mempunyai impian untuk menjadi seoarang puteri. Manakala Agatha adalah sebaliknya. Agatha bersikap agak kasar dan digelar sebagai anak ahli sihir. 

Namun, walaupon perwatakan yang jauh berbeza mereka berdua merupaka kawan yang saling melengkapi dan saling memerlukan. 

Pada suatu hari, mereka pergi ke pekan untuk membeli barangan dan singgah dia sebuah kedai buku; dimana kedai itu menjadi persinggahan yang acap kali mereka kunjungi untuk meluangkan masa. Sophie tertarik dengan sebuah buku yang mempunyai signature SGE (School for Good & Evil) dan bertanyakan kepada penjaga kedai tentang sekolah itu. 

Namun jawapan yang diberikan tidak dapat memuaskan hati Sophie.. dan dia benar-benar inginkan sekolah itu wujud untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang putri. 

Agatha juga tidak menyokong kepercayaan Shopie tentang sekolah itu. Dengan ini, bermulalah pengembaraan mereka di dunia Ever & Never. 

Bagi sesetengah penonton mengatakan movie ini agak cliche sebab plot-plot yang sama seperti cerita dongeng yang lain. Saya akui memang movie ni ada scene yang agak cliche masih ada elemen-elemen yang membuatkan kita nak terus tonton sampai habis. 

Kisah dua watak yang sangat berbeza menjadi dua sahabat dan ia mengajar kita supaya tidak prejudis dengan sifat luaran seseorang. 

Dan apa yang menariknya movie ini mempersembahkan design baju yang cantik, modest dan lain dari yang biasa kita lihat.. dah macam fesyen show pon ye jugak. 
Jadi jangan tunggu lama-lama untuk tonton movie yang diadaptasi dari sebuah novel di Netflix anda. 

Monday, July 6, 2020

MinumanViral : Dalgona Coffee, cara dan resepi.

Assalamualakum semua ! How you guys doing? Hope everything going so well for you guys😊

Sejak PKP bermula di Malaysia, ramai warga yang mula mencipta perkara-perkara yang viral untuk hilangkan rasa bosan duduk di rumah. 

*Asna skrg dah PKPP daaaa

Whatever. Nak citer jugak 🤪

Kita recap balik perkara-perkara yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia ketika pishang di rumah, antaranya: 

1. Mula belajar masak tapi x jadi tgen upload kat fb group Masak Apa Tak Jadi Harini

2. Tarian AnySong by Zico dari TikTok

3. Ramai yang mula Install TikTok dan belajar dance2 viral

4. Roti uncle Slocumm menjadi rebutan seluruh rakyat

5. Buat Dalgona Coffee

Dan sebagainya... 

So ceritanya bermula apabila viralnya Dalgona Coffee ni kat semua socmed. Mulanya, Asna memang tak nak cuba pon sebab alaaa air kopi biasa je pon.. appoo sampai viral naw hahahaha 

Tapi ye la kalau dah hari2 tengok kat socmed orang dok post pasal dalgona coffee diorg ni menjadi.. iman kita tergugat taww. Asna pon mencuba lah.. tapi......... SEPULUH kali buat tak jadi-jadi ye. Masa tu memang dah putus asa laaa. Tapi akhirnya Asna cuba ubah bahan yang biasa Asna guna. Lastly, jadi jugak 😋 Nak tahu tak kenapa tak jadi2 tu?? Jom Asna share resepi DalGona CoFfee

Bahan-bahan

1. Kopi serbuk nescafe original. Bukan instant, bukan mixed (sbb guna yg instant la tak jadi2.. appoo la)
2. Air suam
3. Gula pasir
4. Whisk atau sudu atau garpu
5. Ais
6. Air susu 

Cara-cara

Sukatan yang diperlukan untuk setiap bahan adalah 1:1:1 kalau dua, dua lah. Kalau nak lebih, buat la lebih ikut nisbah yang sama.

Tips Asna: larutkan dulu gula pasir dalam air. Sebab kalau kita campurkan semua bahan dan terus menggaul, gula tu tak sempat larut dalam foam tu so kene tambah air sikit2 untuk larutkan gula. 

Tips Asna: kurangkan sikit penggunaan gula sebab ia akan rasa sangat manis. Tak elok untuk kesihatan.

Lepas dah jadi foam tu, boleh hias kat atas air susu yang dah diletakkan ais. Kemaskan dan hidang! 

Mudahkan? Asna je yang buat tak jadi2 sebelum ni.. hmmm

Kalau nak buat guna milo pon boleh tapi kene tambah Ovalate untuk buat Dalgona Milo.

Terima kasih sebab membaca..kalau korang dah pernah cuba resepi dalgona ni, komen kat bawah okey... huhuhuu see you next time

Saturday, July 4, 2020

Cara mengatasi Mata Ikan di dalam mulut

Assalamualaikum semua ! 

Dah dua hari Asna alami sakit mata ikan kat hujung bawah lidah Asna. Memang perit lah bila nak bercakap. Kalau cakap pon pelat gitu.. sebab nak bercakap kann banyak guna lidah jugak. Apatah lagi nak makan.. aduihh sabo je lah. Asna memang kerap jugak alami ulser atau mata ikan ni dan banyak jugak cara yang Asna pernah cuba untuk atasi atau hilangkan mata ikan tu. 

So, kali ini Asna nak share dengan korang empat cara yang Asna pernah cuba untuk atasi masalah mata ikan yang muncul kat dalam mulut kita. Sebelum tu, kita ambil tahu dulu apa sebab mata ikan @ ulser boleh muncul dalam mulut kita. Let's go~

Ulser atau mata ikan adalah luka yang biasanya berlaku di kawasan mukosa mulut. Contoh di kawasan pipi, bawah bibir dan lidah. Mata ikan nya kecil je tapi peritnye tu Ya Allah ~~ even sekarang pon Asna terasa-rasa peritnya... Antara sebab mata ikan ni muncul adalah kurang minun air, tergigit kawasan mukosa, kurang penjagaan mulut dan banyak lagi.. 

Mata ikan ni boleh berlaku pada dua atau tiga kawasan berbeza pada waktu yg sama taw 😱 seram wei bila terbayang.. Bayangkan lah yang baru satu mata ikan je kita dah tak nak bercakap dengan orang.. ni kan pulak ada dua tiga mata ikan.. aduih..

Kadang-kadang Asna biar je mata ikan ni sebab seminggu dua ia akan pulih sendiri tapi nak tunggu tu lama jugak yelaa.. tak bersosial lah pulak kan dengan orang sekeliling.. Cara Pertama yang Asna pernah cuba untuk atasi masalah mata ikan ni adalah

1. UBAT BONJELA

Ubat bonjela ni boleh dapat di mana-mana farmasi berhampiran dengan korang. Penggunaan ubat ni jugak tak perit dan lebih selamat laa.. InsyaAllah tak memberi kesan buruk pada ulser kita. Asna tak pernah beli pon ubat bonjela ni tapi asna pernah minta sikit kawan Asna punya. Huhuhu ye la masa tu tengok dia sapu kat mata ikan dia macam cepat elok je.. kita pon cuba laa 

2. Kumur Air Garam

Air garam adalah cara yang paling mudah sekali sebab kita boleh buat sendiri air garam ni. Caranya adalah campurkan sedikit garam ke dalam air minuman bersuhu biasa. Dan berkumur dengan air garam tersebut. Cara ni memang selalu Asna buat sebab tak perit dan lebih semula jadi.... gituuu... kesannya pon boleh lihat dalam beberapa hari bergantung kepada berapa kerap korang berkumur tu

3. Letak Garam Pada Mata Ikan

Okey, cara yang ketiga ni agak extreme sikit dari berkumur dengan air garam tu. Cara ni adalah letakkan sedikit garam tepat pada mata ikan korang dan diamkan selama beberapa saat. Memang akan rasa pedih, perit, seksa dan sengsara yang amat sangat taw... kalau Asna guna cara ni, air mata Asna akan mengalir sebab sakitnya tu Ya Allah~~ cara ni memang bertindak pantas.. Biasanya Asna akan guna cara ni kalau Asna ada hal yang perlukan bercakap dalam masa terdekat.. contoh ada presentation ke ada interview ke meeting kee..

4. Gigit Mata Ikan

Kalau korang sukakan kesengsaraan, korang boleh cuba cara ni 🤭 Gigit mata ikan korang sehingga ia mengeluarkan darah dan bersihkan mulut korang. Memang seram ye bila kita pakai cara ni sebab kita menyeksa diri sendiri.. hahahaha.. tapi percayalah Asna pernah guna cara ni atas saranan kawan Asna.. dia kata cara ni lebih cepat.. hahaha tapi menyeksakan weii. Mungkin cara ni tak disyorkan oleh mana-mana doktor pergigian. So, terpulang pada korang nak cuba atau tak. Asna sekadar berkongsi.

Okey itu sahaja perkongsian Asna untuk kali ni.. fuhh lama jugak tak menaip ni kann. Hahahaha kalau korang selalu alami mata ikan ni, share cerita korang di ruang komen dan bertukar pendapat dengan Asna okeyh👌 okeylah Asna nak berkumur dengan air garam jap.. see you next time !👋


Monday, December 9, 2019

Upcoming Korean Drama 2020

An upcoming Korean Drama yang aku nak tengok (kalau sempat hahaha) sbb sekarang ni memang tengah busy dengan praktical session aku. Bak kata supervisor aku, asna tak buat kerja praktikal tapi asna dah buat kerja staff... so aku mmg busy.

So, ni list Korean Drama yang akan muncul tahun depan dan kalau aku sempat tengok, aku tengok lah... hahahaha Cheese in The Trap pon aku x habis tengok lagi dah ada drama baru... adoiiii

1. Love's Emergency Landing

  • Lakonan Song Ye Jin (heroin Alone in Love) dan Hyun Bin (hero Secret Graden
2. The War Between Women
  • Lakonan Jin Se Yun dan Kim Min Kyu
3. Tell Me What You Saw
  • Lakonan Jang Hyuk(hero You Are My Destiny) dan Soo Young(pelakon My Spring Days)
Harapnya aku tengok la semua Korean Drama ni, kalau tak tengok, sia2 je buat list.. hahahaha tapi selalu je tak sempat tengok... hahahahaha

Tuesday, December 3, 2019

Jodoh & Kahwin

Jodoh & Kahwin

Bila orang tanya aku "bila nak kahwin?"

hmmm kakak aku pon tak lepas lagi, kenapa aku nak kene kahwin dulu. Langkah bendul?? aku tak pernah terfikir pon pasal benda ni. even kakak2 aku pon suruh aku yang kahwin dulu, tapi aku takde calon. macam mana nak langkah bendul??? hahahaha

Sampaikan terlintas kat fikiran aku, kalau ada jodoh tu, ada lah. kalau takde takpe. Sebab aku tahu kos nak kahwin tu bukan kecik dan tak murah. Kalau boleh aku nak ada aset aku dulu, baru aku nak fikir pasal kahwin. Yelaaa kalau jadi apa2, aku dah ada aset.

"nak tunggu dah tua baru nak fikir kahwin?" Aku tak kesah pon umur bape aku kahwin. ada jodoh, ada calon, kahwin. kalau xde, cari duit, puaskan hati sendiri dan family. Aku tak nak cari calon tu, dan aku x nak tahu pasal semua tu. biarlah dia datang sendiri. Kalau ada, kahwin. Kalau takde, cari duit. Simple kann

Lagipon, nak kahwin ni bkn senang. Aku ni dahlah agak pemalas, nak jaga diri sendiri pon malas, ni kan nak jaga org lain yang xde pertalian darah ngn kita... haihhh

p\s: ni pendapat aku dan pasal diri aku. nak judge? pm tepi.

Monday, April 15, 2019

Apa nak buat sebelum beli skincare baru????

Hai Assalamualaikum korang...!!

Aku type post kalini dalam pukul 12.36am ye sebab aku tak boleh nak tidur. Aku pon tak tahulah kenapa semanjak dua menjak ni aku susah sangat nak tidur walaupun aku dah penatkan diri pada waktu pagi. Tapi still aku akan tidur pukul 2 - 3 pagi, so aku ambil kesempatan kali ini untuk update blog aku ni.

Sekarang ramai yang dah mula sedar betapa pentingnya penjagaan kulit muka dalam rutin kita. Aku pon dah mula perlahan-lahan nak displinkan diri untuk buat step by step rutin penjagaan kulit muka. Tapi korang tahu ke cara-cara macam mana nak pilih skincare yang betul? Nak tahu apa yang korang buat sebelum beli skincare tu betul atau tak...cuba baca steps kat bawah... hehehe

1. Pertama sekali... perkara wajib yang korang perlu tahu sebelum beli skincare baru ialah JENIS KULIT korang. Terdapat 4 jenis kulit yang orang kat Malaysia ni ada iaitu kulit berminyak, kulit kering, kulit kombinasi dan kulit sensitif. Kenapa nak kena tahu jenis kulit muka ni? sebab setiap jenis kulit memerlukan bahan-bahan yang berbeza untuk nampak cantik, berseri2 dan flawless. Kalau korang kulit berminyak tapi pakai skincare untuk kulit kering... nanti kulit korang tak dapat nak serasikan produk tu last2 muka korang yang rosak.

So, sangat2 penting ye untuk tahu korang jenis kulit yang mana.

2. Kedua pula... buat research tentang apa yang kulit korang perlukan. Contohnya, kulit muka yang sensitif perlukan produk yang lembut, tak ada alkohol dan tak ada pewangi. Sebab kulit muka sensitif mmg alah dengan bahan2 mcm ni. Macam tu jugak dengan kulit muka yang lain. Kalau tersilap beli produk, jangan salahkan produk tapi salahkan diri korang dulu sebab tak buat research awal2. Siapa yang rasa skincare ni sangat2 penting, dia akan rajin juga nak buat research.

So, rajin2kan lah diri untuk buat research sikit pasal kulit korang.

3. Ketiga... check poket korang. Diknon2 sekalian, aku nak bagitahu ye... harga skincare tu bukan murah2 ye botol je kecik tapi harga boleh beli laptop taw... Tapi jangan risau sebab korang boleh je beli kat mana2 drugstore yang ada kat Malaysia ni sbb boleh dapat harga yang lebih murah dari beli kat kedai2 yang fancy. Aku pon beli kat watson and guardian je diknon.. Sebagai pengguna, korang kenalah bijak juga bandingkan harga. Korang kena ingat, skincare tu bukan pakai sebotol habis, beli produk lain pulak. Korang kene beli lagi produk yang sama untuk pakai seterusnya.. aku bukan nak rendahkan orang yang tak berduit sangat tapi berpada2 dalam membeli.. okey? Takut nanti dah beli mahal2 tak sesuai pula kat muka... hmmmm

So, check poket korang mampu atau tidak sebelum membeli.

4. Keempat... stop pakai current skincare at least seminggu sebelum nak tukar skincare baru. Kenapa? sebab nak bagi kulit muka korang rehat sekejaappp sebelum dia (kulit muka) rasa produk yang baru. Kalau korang beli skincare baru harini, zaasss malam ni terus pakai produk tu... tak ke terkejut kulit muka korang. Take it slowly. Jangan gelabah diknon nanti terbabas. Bagi ruang kat kulit muka korang untuk hilangkan keterbiasaan terhadap produk lama dulu barulah start pakai skincare yang baru.

So, ingat! Jangan gelabah sangat nak terus tukar produk baru.

Haaaaa korang pernah ke beli skincare baru tanpa buat step2 kat atas ni..? Kalau pernah, rileks jangan gelabah sebab korang boleh ubah cara korang lepas ni kalau nak tukar skincare baru. Apa yang aku type ni pon berdasarkan pengalaman aku sendiri... aku pon jenis yang tak sabar so pernah la breakout kulit muka aku.. terus merah2.

Korang dah sedia ke nak beli skincare baru lepas baca posting ni??

Handsock Khayla Double Ruffle

Handsock Khayla Double Ruffle!

Handsock yang mempunyai 2 ruffle/2 ombak di bahagian pergelangan tangan menaikkan lagi seri si pemakai. Sangat selesa, kemas, simple dan cantik :blush:

:leaves: Material: Moss crepe (strechable)

:leaves: Length: 35 cm (panjang sampai siku)

:moneybag: Price:
RM15/pair (exclude postage)
RM50/3 pairs (INCLUDE POS SM)
RM95/6 pairs (INCLUDE POS SM)

Klik link dibawah untuk membuat tempahan
http://www.wasap.my/60136750405















MOVIE REVIEW : School For Good and Evil 2022

Kisah yang menceritakan dua perbezaan watak atau karakter dalam setiap cerita. Pihak yang baik dan pihak yang jahat.  Sophie dikenali sebaga...