Thursday, October 26, 2017

FINE DINING YANG MURAH???

Hai dan Assalamualaikum...

Pernah tak korang teringin nak makan macam VIP, dekat dalam hotel.. ada waiter yang serve korang.. makan pakai garfu and pisau..mesti pernah kann?? AA pon pernah berangan dan teringin sangat nak makan macam tu.. rasa diri ini begitu istimewa....hahaha. Dan AA ada dapat pengalaman merasai semua yang AA berangan tu.... dengan harga yang murah je. Sekali makan, ada 5 dishes, RM18 je. 5 dishes RM18 je taw...bukannya satu makanan RM18.

So, sebenarnya AA makan kat dalam UUM je under student Hospitality.. sebab tu kosnye murah, walaupon harganya murah dan quantity makanannya sikit tapi AA makan boleh kenyang sampai malam taw. Mula-mula AA da bagi expectation yang AA tak akan kenyang pon makan fine dining ni tapi rupanya....Ya Allah kenyang sangat-sangat dan AA sampai tak boleh nak bangun dari kerusi sebab perut masih sarat dengan makanan. makanan yang diorang sediakan tu complete dari appetizer sampailah dessert. Memang superb arr. Sebelum ni AA tak pergi pon makan kat fine dining ni sebab bagi AA harganya agak mahal dan AA rasa ianya tak berbaloi dengan kos sara diri hidup kat uni ni...

Sebelum nak datang kat restoran tu, korang kene buat reservation dulu, sebab diorang kene sediakan makanan yang cukup-cukup untuk customer, tak nak lebih atau kurang sebab itu semua ialah kos. So kene buat tempahan dulu. Then,makan je macam biasa...waiter akan serve korang, nak air apa? panas ke sejuk? nak makan apa dulu? da siap makan ke? nak apa? nak itu? nak ini?...diorangmemang akan layan korang macam mana waiter sebenar yang akan layan korang...memang macam real. 

so, ni makana yang AA makan haritu.. sedap gila weyh lagi potato salad tuu..korang jangan terliur pulak ye..

 potato salad
 chocolate banana cake
 breaded chicken served with mushroom sauce accompanied with mashed potato and chef selected vegetables
 air kopi (minum dengan dessert)
 creamy leek soap
 berangan nak jadi retiss
my friend yang sama dengan tema fine dining tu

Makanya, kalau korang nak merasa makan macam dalam hotel boleh la pergi makan kat restoran yang student hsopitality (kat uni korang) mana yang masih belajar laa ye. dan rasai sendiri makanan diorang. kita kene lah support member kita yang belajar sama uni dengan kita kan...

okelah sampai sini je..baiii

Tuesday, October 24, 2017

TIPS NAK HILANGKAN RESDUNG

Hai dan Assalamualaikum🎈

Post pada kali ni AA nak cerita pasal resdung. Ye penyakit resdung ramai yang alami termasuk lah AA sendiri... mmg sakit hidung asyik nak bersin je kadang2 sampai bengkak tekak AA sebab gatal resdung tu turun ke tekak..macam2 cara juga AA cuba lakukan supaya resdung ni hilang... AA ada resdung mungkin faktor keturunan.. adik beradik AA memang kebanyakkannya mengalami masalah yang sama... pagi2 je mula la bunyi sedut2 hingus dan bersin. Kalau korg pon ada resdung, apa yang korang buat?

AA nak share tips yang AA dapat dri facebook semalam... Harap tips ni dapat membantu korang dan AA sendiri untuk hilangkan penyakit resung ni😉

1.Hidrasi
Minum banyak air mineral. Cecair ini akan bekerja membantu mendorong lendir keluar. Elakkan minum alkohol, kafein, minuman manis, dan jangan merokok. Sekiranya anda masih berdegil, ia boleh menyebabkan lendir semakin menebal dan saluran pernafasan semakin tersumbat sehingga mencetuskan keradangan yang lebih teruk.

2. Air Panas

Petua hilangkan resdung seterusnya ialah dengan sedut wap air panas. Caranya? 

Pertama, rebus air mengikut saiz bekas anda, lalu campurkan dengan air garam sehingga mendidih. Letakkan kepala anda 30cm di atas air, lalu sedut wap tersebut.

Untuk kesan yang lebih baik, anda boleh menutup kepala dengan tuala yang menutup wap air panas. Lakukan selama 15 minit sebanyak tiga kali dalam sehari sehingga resdung reda.

3. Tuam Tuala Pada Muka Dengan Air Panas

Petua lain yang anda boleh amalkan adalah dengan menuam tuala di bahagian pipi dengan air panas tersebut. Tapi janganlah panas sangat, kang melecur muka deknon. Suam suam kuku pun okay. Panaskan air, sehingga mendidih dan tuamkan tuala di bahagian muka anda..

Cara ini dapat membantu mengeluarkan lendir yang terkumpul di bahagian bawah mata dan kawasan sekitar hidung.

4. Lidah buaya

Menarik, kan? Lidah buaya pun boleh digunakan untuk mengubati resdung sebab ia mengandungi sifat antiseptik. Cara menggunakan lidah buaya ini adalah dengan menitiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung. Untuk kesan lebih baik, minum rebusan lidah buaya.

5.Limau Nipis dan Daun Pandan

Petua seterusnya ialah menggunakan campuran limau nipis dan daun pandan. Caranya, sediakan 8 buah limau nipis dan 10 helai daun pandan. Hiris halus-halus daun pandan. Perah buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak, pisahkan bijinya. Campurkan air perasan limau dengan daun pandan.

Ramas daun pandan tersebut beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan. Tapiskan sehingga tinggal air saja. Basuh atau cuci muka terlebih dahulu dan bilas air tadi ke wajah anda, elakkan dari terkena mata atau bibir. Tunggu wajah kering lalu sapukan lagi. Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik. Selesai dah boleh cuci wajah anda dengan air biasa.

Amaran!!! Cara ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Ini kerana ia akan menyebabkan kesan pedih yang maksimum namun masih terkawal. Kesan berbeza mungkin terjadi pada setiap individu dan keadaan resdung anda. Sila rujuk pakar terlebih dahulu andai ragu – ragu.

Kalau korang agak berduit, korang boleh la pergi kat klinik sinar permata (tak silap AA laa) klinik ni mmg khas merawat sakit resdung ni.. korang boleh google sendiri klinik ni okey...

JOM SIHAT SAMA-SAMA & SELAMAT MENCUBA

bai bai

Saturday, October 21, 2017

TIDUR DALAM KELAS

Hai Assalamualaikum.... 💕💕

pagi tadi AA baru je sampai UUM.hurmmm sangat memenatkan.😓bayangkanlah 12 jam duk atas bas baring duduk baring duduk tu je laa..bila turun bas, sakit pinggang, sakit pungkoq, sakit belakang adooooi penat nau nau laa. Padahal selama ni pergi balik UUM ke Johor sama je tapi kali ni agak penat sikit laa... mungkin kesan daripada polar tidur yang tak teratur. 

Jadi AA nak cerita satu pengalaman yang AA pernah lalui dan mungkin korang tak pernah rasa masa zaman sekolah dulu....😋😋TIDUR DALAM KELAS haaaaa ni bukan kes AA tidur sebab bosan taw... tapi sebab peraturan sekolah yang suruh AA tidur.. huhuhuhuhu😊😊...sekolah AA akan mula sunyi bila tiba jam 12:30 - 1:00 tengahari...siapa yang tak tidur masa ni memang rugiiii sangat sangat. 

Okey, sebenarnya tidur SEKEJAP 😪😪pada waktu tengahari memang ada dalam ajaran islam yang disebut QAILULAH. mungkin ada sebutan yang lain tapi AA tak berapa nak pasti. Jadi, sekolah AA mengamalkan amalan Rasulullah ni. banyak kebaikkan yang dapat diperolehi daripada QAILULAH ni, antaranya; kita akan lebih segar untuk melakukan aktiviti seterusnya, kita mudah nak bangun qiamulail di sepertiga malam, dan banyak lagi sebenarnya tapi ini je yang AA ingat hahaha

AA dulu sekolah asrama, so hari hari adalah hari yang memenatkan bagi AA. bila masuk kelas awal pagi masih segar lagi tapi bila da tengahari mula lah mata jadi berat.. korang pun sama kan???? sekolah AA sekolah dari pagi sampai petang jadi tak adanya nak balik tidur atas katil ke apa. letak kepala atas meja, tidur.tak ada bantal pun. kalau nak selesa... beg sekolah💼 dijadikan bantal alas kepala atas meja... tu baru selesa sikit tapi bila air liur meleleh...haaa baru padan muka abis laaa satu beg tuuu huhuhuh... AA tak pernah la meleleh air liur atas beg...atas lengan sendiri pernah laa... nampak tak da cerita part yang selekeh pasal diri sendiri...tapi lengan boleh dibasuhkannnn

Tapi bila da masuk alam uni ni sangat sangat berbeza.. polartidur pun tak terurus. kejap tidur pukul 2-3 pagi kejap tidur awal kejap tak tidur langsung. nak qailulahpon susah. yelaa kelas pukul 12:30-1:00 pastu nak solat lagi..nak masuk kelas yang lain lagi....huuuuu mencabar.. rindu zaman sekolah.😍😍😍


Monday, October 16, 2017

HOME SWEET HOME

Sampai je kat Johor.. ayah bawa AA makan kat kedai... pastu kitorg ada borak2 sikit. Sampai satu part ni

Ibu: ayah da angkat kain kat umah tadi?

Ayah: dah (sambil sengih2)

Ibu: yela tu ayah.....

Then siti menyampuk
Siti: ayah kat umah tido je....(makan)....tak angkat kain pon

🤣🤣🤣🤣 kantoiii

Ayah: alaaa siti tu...(tunjuk2 main fon)

Ibu: haaa tengok.. siti yang jaga ayah bukan ayah jaga siti

Siti: ayah tido bunyi

Ibu: abis laa bajunya tak diangkat

Ayah hanya mampu sengih sajaaa

AA yang terlebih terhibur😋😋

Wednesday, October 11, 2017

NAK CUTIIII

HAI! Assalamualaikum.... hihihihi😁😁 harini AA happy giler2 sebab esok AA akan bertolak ke perak sebagai permulaan cuti AA yuhuuuu!!!! AA happy giler sebab AA akan pergi dengan kawan kegemaran AA...dan AA akan stay kat rumah kawan AA kat sana nanti. esok AA akan bertolak dari uum pegi stesen bas kangar sebab kat stesen bas changlon da abis tiketnye... sedih taw...😢 so dari stesen bas kangar akan terus bertolak ke stesen bas ipoh..tiket bas dari kangar ke ipoh hanya lah dalam RM30+- so kat sana nanti kakak kawan AA tu akan amik kitorg. dan bermula lah langkah kitorg sebagai perantau...😎😎


sebenarnya kitorang plan nak pegi penang dan jadi backpackers😩 tapi keadaan tak mengizinkan sebab tiket untuk ke penang da pon diabiskan oleh segerombolan manusia yang nak gi penang juga 😣😣😣😣isk..isk..isk.. tapi kitorg tetap nak pegi penang juga suatu hari nanti sebelom grad. 💪

kalau korang nak tahu kat mana je AA akan pegi masa kat perak nanti..... STAY TUNED😉 ok... 

okey byeee

Tuesday, October 10, 2017

JJAJANG PASTE, DANMUJI DAN KIMCHI

Assalamualaikum semua… alhamdulillah hari ni AA ada juga peluang nak update blog hihihi yelaa sebelum ni sibuk dengan kelas dan esainmen.

Kali ini AA nak share sikit kat uolls satu produk makanan korea tapi dibuat oleh orang Malaysia dan halal iaitu pes jjajangmyeon, kimchi dan danmuji daripada MARIMOGO HQ!!!!! Yess mungkin ada daripada korang yang pernah dengar atau yang tak pernah dengar… okey. Marimogo hq ni adalah syarikat pembuat makanan asas korea iaitu kimchi, danmuji dan pes jjajangmyeon.

Image result for MARIMOGO HQ

Tiga makanan ini kira macam diorang punya main produk yang diorang produce. Ketiga2 makanan tu AA da pernah cuba. Hehehe yela sebab asyik tengok citer korea macam sedap je diorang makan AA nak rasa juga la kann. Jjajangmyeon tu sebenarnya black bean noodle. Tak silap AA ia makanan orang cina juga. Dan rasanya tak pedas pon. Pada korang yang tak pernah rasa lagi kimchi tu macam mana korang boleh lah try kimchi yang marimogo hq ni jual. Tapi korang jangan terkejut pula bila makan sebab kimchi ni agak masam dan korang kene pandai kawal rasa tu, makan sekali dengan nasi ke.. dengan ayam ke.. Apa2 je laa supaya rasa tu seimbang. Kalau korang masih rasa masam juga mungkin tekak dan lidah korang  tekak dan lidah melayu asli…(sama lah macam AA). Dan danmuji pulak rasanya masam juga tapi tidak semasam kimchi. Danmuji ni diperbuat daripada white radish dan diperap dengan ramuan sikit2 pastu jadi wane kuning dan rasa masam.
AA dapatkan ketiga2 makanan tu daripada diorang punya agent kat kedah. Yang syoknya dia boleh cod sampai dalam uum!!!! Jimat sikit duit pos hohoho

Image result for JJAJANG PASTE MARIMOGO HQ
Jjajang instant paste : rm25
Image result for DANMUJI MARIMOGO HQ
Dazzling danmuji : rm15
Image result for DANMUJI MARIMOGO HQ
Crunchy kimchi premium : rm 25

Danmuji dan kimchi tu boleh tahan seminggu tanpa peti ais, jadi kene makan cepat2 supaya tak basi la agaknya.. Sebab makanan ni jenis makanan yang diperap jadi mungkin boleh basi atau berkulat atau rosak.. Kayss AA tak sure…jjajang instant paste tu plak boleh tahan sebulan tanpa peti ais, so AA boleh makan dengan berjimat hihihi… sayang kot nak abiskan satu botol terus..korang jangan risau taw.. Terpikir2 macam mana nak masak jjajangmyeon tu… sebab setiap kali pembelian diorang memang akan sediakan sekali resepi untuk ketiga2 makanan tu. Korang juga boleh tengok kat Instagram diorang ‘MARIMOGO HQ’, diorang pun ada share macam mana nak sediakan makanan ni semua.

AA da cuba haritu tapi malangnya AA tak amik gamba sebab AA da lapar sangat. Pikir nak makan je haritu. Hohoho.. Kalua korang nak cuba, korang boleh terus buka Instagram pastu cari MARIMOGO HQ kat situ macam-macam info korang boleh dapat.
Okey sampai sini je AA nak share. Selamat mencuba ye

MOVIE REVIEW : School For Good and Evil 2022

Kisah yang menceritakan dua perbezaan watak atau karakter dalam setiap cerita. Pihak yang baik dan pihak yang jahat.  Sophie dikenali sebaga...