Thursday, June 1, 2017

AMALAN MULIA DI BULAN RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM.💕 selamat menyambut bulan ramadhan yang penuh barakah. 

alhamdulillah.. bulan ramadhan kembali lagi. alhamdulillah sekali lagi, dapat kita bersama-sama berpuasa di bulan mulia ini. semoga bulan ramadhan kali ini menjadi lebih baik lagi buat diri kita dan sekalian alam daripada ramadhan yang sebelum ini. bagi muslimin dan muslimat pastinya gembira setiap kali kedatangan ramadhan..sebab pada bulan ramadhan ini banyak keistimewaannya, antaranya, pada bulan ramadhan je yang akanada solat sunat terawikh dan pada bulanini akan ada ramai muslimin dan muslimat yang akan mengimarahkan rumah2 Allah. selain itu, pada bulan ramadhan ini saje yang akan ada malam lailatul qadar. pada bulan ramdhan ini juga ada bazaar ramadhan yang kita boleh jumpa semua jenis kuih/makanan/minuman dari setiap negeri kat malaysia. ahaha...  special sangat2. dan banyak lagi yang istimewanya dalam bulan ramdhan ini.. tidak lupa juga amalan2 yang kita boleh lakukan di bulan ramadhan supaya ramadhan itu jadi lebih indah dan bermakna. antarnya; 


  1. Berpuasa. Amalan yang pertama dan paling utama di bulan Ramadhan adalah melaksanakan puasa yang merupakan rukun Islam yang keempat. berpuasa bererti menahan makan dan minum serta segala macam yang membatalkannya dari mula terbit fajar sampai tenggelam matahari dengan diiringi niat. 
  2. Solat sunat tarawih. solat sunat tarawih ini sememangnya telah dilakukan sejak zaman Rasulullah lagi. solat sunat tarawih yang biasa dilakukan adalah sebanyak 20 rakaat dan diselang-selikan dengan zikir dan selawat keatas Nabi. namun tidak diwajibkan untuk melakukan 20 rakaat terus. boleh juga melakukan sekdar 8 rakaat atau 10 rakaat bagi yang tidak mampu atau mempunyai urusan lain.
  3. Membaca al-quran/khatam al-quran. selain daripada dapat pahala daripada membaca al-quran, kita juga boleh mempertingkatkan ilmu dan belajar ql-quran(tadarus)Diriwayatkan, membaca Al-Quran pada bulan Ramadhan memiliki keutamaan bahwa tiap huruf yang kita baca akan mendapat pahala sebanyak 27 kali. Tidak hanya membaca saja, sekadar mendengar bacaan Al-Qur’an saja bagi umat muslim adalah pahal, maka perbanyaklah mendekatkan diri pada kegiatan-kegiatan yang berkenaan dengan bacaan Al-Qur’an selama bulan suci Ramadhan.
  4. Sedekah. amalan sedekah bukan la hanya dilakukan pada bulan ramdhan sahaja. tetapi boleh dipertingkatkan lagi kerana amalan ini diajar oleh Nabi Muhammad SAW. daripada sering-sering bermegah dengan harta yang kita miliki, lebih baik harta yang kita miliki kita asingkan sebagian untuk para fakir miskin  yang memerlukan. 

Akhir sekali, AA nak ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DENGAN SEMPURNA DAN JANGAN PONTENG PUASA YE😉

MOVIE REVIEW : School For Good and Evil 2022

Kisah yang menceritakan dua perbezaan watak atau karakter dalam setiap cerita. Pihak yang baik dan pihak yang jahat.  Sophie dikenali sebaga...